• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda ADV150 (2023) Diperkenal di Amerika, Harga RM19.7k!

Honda ADV150 (2023) Diperkenal di Amerika, Harga RM19.7k!

November 17, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

234
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SKUTER advencer Honda ADV kini menawarkan dua varian enjin, 150cc dan 160cc. Soalannya, adakah ADV160 akan menggantikan terus ADV150?

Mungkin tidak buat masa sekarang kerana Honda ADV160 baru saja diperkenalkan dan menjengah beberapa pasaran seperti Indonesia, Filipina dan Jepun.

Honda ADV150 2022 AS.01
Honda ADV150 2021 AS.03

Contoh lain, Honda ADV150 (2023) (foto kanan) baru saja debut di Amerika Syarikat (AS) yang meneruskan tawaran di sana sejak 2020. Skuter itu kekal dijana enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 149.3cc OHC penyejukan cecair dengan teknologi Enhanced Smart Power (eSP).

Apa boleh diceritakan, berbanding Honda PCX150 yang menumpukan tunggangan bandar, sistem masukan Honda ADV150 (2023) mempunyai saluran pembersih udara 21mm lebih panjang. Tiub penyambung pula 2mm lebih panjang yang secara keseluruhan meningkatkan tujahan pada julat rev rendah dan pertengahan.

Apa lagi tentang Honda ADV150 (2023)?

  • Menggunakan fork teleskopik Showa 31mm dan jarak (travel) 5.1 inci di depan, dan dwi-absorber Showa dengan jarak travel 4.0 inci di belakang.
  • Keputusan Honda menggunakan unit suspensi Showa menjadi daya penarik yang membantu menaikkan nilai skuter advencer ini.
  • Menggunakan tayar 110/80-14 (depan), dan 130/70-13 (belakang).

  • Sistem brek cakera petal 240mm di depan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Brek belakang menggunakan cakera tunggal 130mm.
  • Kapasiti tangki petrol 7.9 liter dan ruang simpanan bawah pelana berkapasiti 27 liter.
  • Visor angin boleh laras dalam dua tahap dengan jarak keseluruhan 71 mm.
  • Bagi membekalkan tenaga kepada peranti, Honda membekalkan adapter 12V. Satu lagi ciri yang memudahkan pemilik adalah sistem kunci pintar Honda yang membolehkan enjin dihidupkan tanpa menggunakan kunci (keyless).
  • Aspek keselamatan dibekalkan suis penghidup dan pemati bagi menghalang skuter ini dihidupkan.

Honda ADV150 (2023) akan berada di pasaran AS bulan ini yang ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja, Candy Rose Red. Mengenai harga, skuter ini dijual pada harga AS$4,349 (RM19,740).

Harga tersebut adalah lebih mahal daripada Honda ADV150 (2022) yang berharga AS$4,299 (RM17,760) jika merujul artikel Mac 2021.

BACA >>> Honda Forza 125 (2023) Muncul di Eropah dengan Varian Special Edition, Ciri Dipertingkat
BACA >>> Honda CT125 Hunter Cub (2022) Guna Enjin Baharu, Harga RM14.1k!

Honda ADV150 (2022/2023) AS
Honda ADV150 2022 AS.01
Honda ADV150 2022 AS.02
Honda ADV150 2022 AS.03
Honda ADV150 2022 AS.04
Honda ADV150 (2021) AS
Honda ADV150 2021 AS.01
Honda ADV150 2021 AS.02
Honda ADV150 2021 AS.03
Honda ADV150 2021 AS.04

Related

234
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda ADV150, Honda ADV150 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev