• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Honda Forza 350 (2023) dengan Fungsi Dipertingkat Lancar di Eropah!

Skuter Honda Forza 350 (2023) dengan Fungsi Dipertingkat Lancar di Eropah!

November 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

331
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Forza 350 (2023) menerima penambahbaikan ciri dan rekabentuk yang cekap aerodinamik hasil ilham varian Honda Forza 750 supaya lebih kompetetif dalam segmen skuter saiz sederhana di Eropah.

Model terbaharu itu didatangkan dalam dua pilihan warna baharu, dan ditayangkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022. Berikut perinciannya Honda Forza 350 (2023):

BACA >>> Yamaha XSR700 Legacy Edition (2023) Debut di EICMA 2022

PILIHAN WARNA

Didatangkan dengan lima pilihan warna:

  • Sienna Red Pearl (merah) - baharu
  • Matt Robust Gray Metallic (kelabu) - baharu
  • Matte Pacific Blue Pearl dengan rim gangsa (biru, rim tembaga)
  • Matt Cynos Gray Metallic (kelabu)
  • Falcon Gray Pearl (kelabu)

BACA >>> Benelli TRK 702, 702 X (2023) Lancar di EICMA 2022 dengan Kamera Atas Paruh Fairing

TRENKUASA

  • Mengekalkan trenkuasa lama, 4-lejang 4-injap silinder tunggal 330cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi eSP+ (enhanced Smart Power+) berkuasa 28.8hp @ 7,500rpm dan tork 31.5Nm @ 5,250rpm.
  • Transmisi automatik CVT.
  • Kelajuan maksimum 137kmj.

BACA >>> Honda XL750 Transalp (2023) Lancar di EICMA 2022, Harga Kekal Misteri

PERINCIAN

  • Rekabentuk bahagian depan dikemas kini dengan lampu utama LED berkembar baharu.
  • Menggunakan sistem lampu LED penuh. Sistem lampu signal kini dengan ciri batal sendiri, juga ada Sistem Henti Kecemasan (ESS).
  • ESS akan diaktifkan automatik apabila modulator Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) mengesan situasi membrek kecemasan dan kuat, sekali gus semua lampu signal akan berkelip sebagai tanda amaran kepada pengguna lain.

BACA >>> Italjet Dragster 500GP Debut di EICMA 2022, Jengah Pasaran 2024

  • Visor angin boleh laras elektrik hingga ketinggian 180mm.
  • Ada soket USB Type-C dalam kotak simpa barang di panel depan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Pasang Sendiri Slot Pengecas USB Motosikal

  • Panel meter LCD gabungan analog dan digital diperbaharui.
  • Dilengkapi konektiviti telefon pintar menerusi sambungan wayarles Bluetooth, manakala sistem Kawalan Suara Telefon Pintar Honda (Honda Smartphone Voice Control, HSVC) kini menyokong peranti iOS (baharu) dan Android.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah

  • HSVC mampu menguruskan kawalan suara untuk panggilan telefon, mesej dan navigasi. Boleh juga menggunakan konsol butang kawalan sebelah kiri hendal.
  • Menggunakan sistem kunci pintar (Smart Key) untuk menghidupkan enjin, mengunci skuter dan membuka pelana.
  • Ciri baharu kunci pintar juga dapat membuka kotak barang pintar atas 45 liter (opsyen). Kotak barang ini boleh dibuka atau dikunci automatik apabila pemilik berada dekat atau jauh dari skuter asalkan kunci berada dalam poket. Boleh juga diakses secara kawalan jauh.

BACA >>> Wanita Menang Cabutan Bertuah Yamaha RX-Z Tak Cadang Nak Jual Sebab Memang Minat

  • Ruang simpanan bawah pelana boleh menyimpan dua helmet muka penuh.
  • Kapasiti tangki minyak 11.7 liter menawarka jarak tunggangan hingga 340km.
  • Frem keluli tubular. Radiator dipasang di depan tangki minyak untuk menambah baik kecekapan sistem penyejukan.
  • Bateri diposisi antara tangki minyak dan bawah ruang simpanan pelana untuk menambah baik pusat graviti.
  • Berat kasar 186kg, tinggi pelana 780mm, dan lebar bar hendal 754mm membantu pengendalian lebih baik di kawasan trafik sesak.
  • Fork teleskopik 33mm di depan, dan dwi-absober jenis boleh laras prabeban 7-tetapan.
  • Rim aluminium 15 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan rim 14 inci dengan tayar 140/70 (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 256mm di depan, dan cakera tunggal 240mm dengan Sistem ABS dwi-saluran di belakang.
  • Ada pelbagai aksesori tambahan dijual berasingan seperti kotak pintar atas 45 liter, kotak atas 35 liter, rak belakang, beg, pelana khas, panel lantai, grip pemanas dan lain-lain.

BACA >>> Lagi Skuter Jimat Minyak, Suzuki Avenis 125 (2022) Lancar di Indonesia, Harga RM9k
BACA >>> Suzuki Debut Skuter Mewah Burgman Street 125EX (2023) di Intermot

Related

331
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Forza 350 (2023), Pameran Motor Milan (EICMA) 2022, roda2, Skuter 350cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my