• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Cari 5 Marsyal Halang Lalu Lintas untuk Konvoi Lapan Kenderaan Parti Politik

Polis Cari 5 Marsyal Halang Lalu Lintas untuk Konvoi Lapan Kenderaan Parti Politik

November 10, 2022 By Shawkath 1 Comment

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS memburu lima individu bermotosikal yang berlagak marsyal konvoi dengan menghalang lalu lintas untuk memberi laluan khas kepada lapan kenderaan sebuah parti politik di Negeri Sembilan.

Ini susulan satu video tular penunggang menghalang pengguna jalan raya lain di kawasan persimpangan lampu isyarat Taman Desa Dahlia di Senawang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff berkata;

Pada jam 6.47 petang Isnin lalu, tular satu rakaman berdurasi 33 saat mengenai sekumpulan penunggang motosikal menghalang dan mengganggu kelancaran lalu lintas serta pengguna jalan raya lain yang melalui jalan itu.

"Video itu merakamkan aksi lima penunggang motosikal membawa bendera parti politik dan menahan kenderaan di simpang empat lampu isyarat di lokasi.

"Ia bagi memberi laluan lapan kenderaan dipercayai daripada parti politik sama. Kejadian itu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain."

BACA >>> Video Mat Motor Jadi Marsyal Trafik untuk Konvoi Skuter
BACA >>> Marsyal Konvoi 'Eksyen' Jadi Polis Kena Cekup, Seorang Berpangkat Datuk

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/11/Polis-Cari-Konvoi-Marshall-1.mp4

Polis kini sedang mengesan semua pemandu dan penunggang yang terbabit dalam insiden tersebut;

Tindakan mereka sebagai marsyal dengan menahan dan mengawal kenderaan melalui lampu isyarat adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 21(1) Akta Polis 1967.

"Tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Seksyen 94 Akta Polis 1967. Individu yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan denda tidak lebih RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas, hukuman individu yang melakukan kesalahan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih RM2,000," katanya.

Ahmad Dzaffir turut mengingatkan semua parti politik supaya tidak melanggar undang-undang jalan raya ketika dalam tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

BACA >>> Polis Cari Marsyal Konvoi 'Eskyen' Jadi Polis di Port Dickson
BACA >>> Marsyal Konvoi Tiada Kuasa Kawal Trafik, Boleh Kena Tindakan Undang-Undang
BACA >>> Parkir Lorong Kecemasan Lebuh Raya: Polis Panggil Ketua Kelab Datang Mengadap
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Konvoi Motosikal? Buat 12 Tip Asas Ini Dulu!

SUMBER: Berita Harian

Related

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ahmad Dzaffir Yusoff, Marshall Kovoi, Marsyal Senawang, Parti Harapan, Pilihan Raya Umum Ke-15, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pilihanraya Umum, Polis Seremban, PRU 15, Taman Desa Dahlia, Viral

Comments

  1. clerk aje says

    November 10, 2022 at 4:06 PM

    mana bro pilot bila anda diperlukan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev