SEJAK Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), dan CyberSecurity Malaysia mengeluarkan senarai CamScore 40 kamera pemuka (dashcam) yang berkualiti dan berbaloi dibeli, sekali gus menjadi rujukan berguna buat pemilik kenderaan.
Namun, apakah status penggunaan kamera pemuka di Malaysia? Adakah dibenarkan atau sah di sisi undang-undang negara? Berikut senarai 24 negara, termasuk Malaysia yang didedahkan MIROS mengenai status penggunaan kamera pemuka dan syarat dikenakan:
BACA >>> 40 Pilihan Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik, Kamera Berkualiti Tinggi di Malaysia
AMERIKA SYARIKAT (AS)
- Ditentukan peringkat negeri. Banyak negeri di AS melarang penggunaan kamera pengguna kerana peranti itu menyebabkan halangan pandangan cermin depan kenderaan.
- Hanya dua negeri tidak mengenakan larangan penggunaan kamera pemuka, iaitu Missouri dan North Carolina.
KANADA
- Sah di sisi undang-undang kerana sebahagian besar jalan raya dianggap jalan awam.
BRITAIN DAN SEPANYOL
Sah selagi tidak menghalang atau menggangu pandangan depan pemandu.
ITALI, MALTA, BELANDA, NORWAY, SWITZERLAND, DENMARK DAN SWEDEN
- Sah. Ada undang-undang berbeza mengenai penggunaan kamera pemuka berhubung isu privasi dan bukti di mahkamah.
PERANCIS DAN BELGIUM
- Sah tetapi hanya untuk kegunaan persendirian. Rakaman video perlu segera diserahkan kepada polis jika melibatkan kemalangan.
MALAYSIA DAN RUSIA
- Tiada undang-undang jelas yang melarang atau membenarkan penggunaan kamera pemuka.
JERMAN
- Sah selagi tidak mengganggu pandangan depan pemandu dan hanya untuk kegunaan persendirian. Rakaman perlu diserahkan serta-merta kepada polis jika berlaku kemalangan.
CHINA
- Sah.
JEPUN
- Sah. Lebih menumpukan hal keperluan dan kegunaan kenderaan komersial.
PORTUGAL, LUXEMBOURG dan AUSTRIA
- Haram dan dilarang sepenuhnya. Mereka yang ingkar atau melanggar larangan penggunaan kamera pemuka boleh dikenakan kadar denda tinggi.
THAILAND
- Sah dan membantu pengurangkan premium insurans antara 5-10 peratus jika memasang kamera pemuka.
FILIPINA
- Tiada undang-undang mengawal selia penggunaan kamera pemuka.
AUSTRALIA
- Sah dan mendapat sokongan syarikat insurans dan pihak polis.
BACA >>> Aikkk... Sudahlah Potong Barisan, Pemilik Dashcam Pula yang Kena Maki
BACA >>> Dua Maut Dilanggar Lori ketika Tukar Tayar Pancit, Dashcam Jadi Bukti Drebar Laju!
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pilih Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik?
Leave a Reply