INSTITUT Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan ekosistem sektor automotif Malaysia memerlukan rawatan kerana diselubungi masalah berlarutan sejak beberapa dekad lalu, termasuk permasalahan baharu.
Perkara itu dikongsi Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB) MIROS, Ts Zulhaidi Mohd Jawi @ Said dalam pembentangannya berjudul Ekosistem Automotif di Putrajaya semalam.
Zulhaidi menyatakan MIROS giat mengasuh industri automotif tempatan dari peringkat permulaan agar produk-produk yang masuk ke pasaran adalah seperti 'apa kita mahu'. Berikut ialah enam permasalahan yang dikatakan masih berlaku:
1. SKANDAL PENIPUAN, MALAYSIA PUN ADA
Beliau memetik dua contoh yang berlaku di peringkat global dengan impak berskala besar, iaitu isu beg udara Takata dan skandal penipuan emisi dieselgate. Katanya;
“Satu mungkin sebab cuai dan satu lagi sengaja menipu. Ini dibuat syarikat besar. Saya tak nak cerita tentang di Malaysia sebab ada saja cerita lain."
BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 1]: TERGEMPAR!!! Jerman Panggil Balik 630,000 Unit Kereta
BACA >>> Skandal Emisi Diesel [SIRI 4]: 15 Troll Pengguna Internet Terhadap Penipuan Volkswagen
2. KERETA BAHARU TAPI BERMASALAH
Beliau turut melihat sudut maklum balas aduan pengguna terhadap ekosistem automotif tempatan dengan mengambil statistik 2015. Sila rujuk jadual di bawah:
Zulhaidi berkata lagi;
Servis jualan dan kerosakan pada kereta baharu. Ini tak syok. Beli kereta… the next day (hari keesokannya) patah sana. Dan kebanyakan kereta baharu, saya tak rujuk brand mana, yang buat (dan) akan lancar dalam masa tiga hingga enam bulan, bekalan rantaian agak terhad dan menyebabkan pembaikan agak lambat walaupun pengeluar itu (jenama) paling top.
"Itu masalah kereta baharu tapi kadang-kadang berlaku juga pada kereta lama. Sudahlah faulty (rosak), apabila buat tuntuan (claim) tersadai lagi dua bulan. Orang (pelanggan) itu mungkin itu saja kereta yang dia ada. Siapa nak ambil tanggungjawab itu? Kalau beri kereta spare (pinjam) tidak mengapalah juga. Ada beri dan ada yang tidak."
3. KONTROVERSI IKLAN
Salah satu perkara yang ramai pengguna ambil mudah adalah terpedaya dengan iklan mengelirukan. Beliau berkongsi kisah tindakan pengeluar di Malaysia yang menggunakan penarafan negara asing untuk mengiklankan produk tempatan.
Ini kita pernah ambil tindakan dahulu. Dia (pengeluar) ambil rating tempat lain (pengiktirafan negara lain) padahal kereta binaan tempatan (CKD) itu (dihasilkan menggunakan) spesifikasi lain. Kita (MIROS) boleh kawal rating tersebut."
BACA >>> Proton Exora (2023) Facelift Lancar! Logo Baharu, Kemas Kini Minimal, Harga Mula RM62k!
4. PENGGUNA NAK KENA TIPU
Zulhaidi menjelaskan;
Saya dengan seorang rakan di JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) ada buat kajian. Walhal orang Malaysia ini, dia tahu di pusat servis dia boleh elakkan penipuan.
"(Tetapi) di bengkel-bengkel biasa, dia tahu akan ditipu tapi tetap juga hendak pergi. Itulah peliknya. Mungkin tiada pilihan atau kawalan. Ini kisah di bengkel."
BACA >>> Hampir 20k Lori Kemalangan 6 Bulan Pertama 2022, JPJ dan SPRM Mahu Gempur Puspakom!
5. PUSAT SERVIS TIPU, POMEN TAK AMANAH
Beliau juga memberi contoh lain mengenai kes pelanggan meminta menukar minyak transmisi, tetapi mekanik tidak melakukannya.
Minyak gear box jarang berubah sifat. Apabila mekanik buka dan nampak OK, dia tak tukar pun. Jadi botol (minyak transmisi) tadi itu, keluar ikut 'pintu lain'."
BACA >>> Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use'
6. MUSLIHAT GREY IMPORTER
Statistik 2015 juga menunjukkan Malaysia antara negara pengimport kedua kenderaan terpakai dari Jepun selepas Sri Lanka. Perbezaannya, Malaysia mengimport masuk model berstatus mewah, manakala Sri Lanka mungkin mengimport semua jenis model, termasuk varian asas.
Sekarang gelombang Honda StepWGN, Toyota Voxy, dan sebelum ini Toyota Noah. Harga asal RM110,000 sudah jadi RM130,000 hingga RM140,000. Toyota Estima pula sudah dihentikan pengeluaran. Itu kereta rekon.
“Tapi, isunya... sudahlah harga mahal dan ada masalah penipuan seperti kereta kemalangan. A da rating juga dipanggil repot (laporan pemeriksaan), tapi kena tipu juga.”
Seorang sumber industri mendakwa pengimport kenderaan rekon masih gemar mengusik odometer atau meter perbatuan. Kadangkala jarak perbatuan sudah mencecah 300,000km, tetapi diubah suai menjadi 80,000km. Kalau sudah kenal angka, sila hati-hati ya!
BACA >>> 40 Pilihan Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik, Kamera Berkualiti Tinggi di Malaysia
BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Tanya 10 Soalan Ini
BACA >>> Kajian: 'Pusing Mileage' Jejaskan 1.6j Kenderaan di AS, Malaysia Pun Hadapi Isu Sama
Leave a Reply