DI MALAYSIA, pengalaman ternampak sisa atau serpihan tayar di lebuh raya bukan lagi perkara pelik.
Lazimnya, serpihan tayar itu datang dari kenderaan berat dan menjadi ancaman bahaya terhadap pengguna lain. Namun, berapa ramaikah kalangan kita pernah melihat sendiri situasi itu berlaku?
BACA >>> 40 Pilihan Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik, Kamera Berkualiti Tinggi di Malaysia
Klip video 16 saat di atas yang dikongsi Ammar Orion di laman Facebook Dashcam Owners Malaysia adalah contoh terbaik supaya pengguna jalan raya tidak terlalu rapat dengan kenderaan berat, terutama penunggang motosikal.
Ini kerana kemalangan melibatkan tayar pecah boleh berlaku bila-bila masa. Namun jika penyenggaraan berkala dibuat, mungkin peratusan tayar meletup dapat dikurangkan.
Pihak operator dan syarikat logistik juga perlu membantu isu ini selain pihak berkuasa. Tidak adil kita hanya meletakkan kesalahan ke atas pemandu kenderaan berat semata-mata.
BACA >>> Bampar Pecah Angkara Tayar Melayang, PLUS Jawab Tiada Pampasan
BACA >>> Misteri Selesai!!! Tayar 'Hantu' Bergolek di LPT1 Rupanya Milik SUV Peronda Polis
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Benarkah Parkir Stereng Belok Boleh Rosakkan Tayar?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Abjad 'R' pada Dinding Tayar Kenderaan Anda?
Leave a Reply