• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Piaggio Liberty 150 (2003) Jadi Jentera Lumba Flat Track

#BikinMotor: Piaggio Liberty 150 (2003) Jadi Jentera Lumba Flat Track

October 31, 2022 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

MUNGKIN ramai sukar percaya ini adalah sebuah skuter Piaggio Liberty 150 edisi 2003 yang berubah wajah menjadi model flat track. Individu yang membinanya ialah Steve Barry dari bengkel Ellaspede.

Berdasarkan laporan, Steve membina model ini sempena acara perlumbaan dirt track, Dust Hustle 13 (DH13) yang dijadualkan berlangsung pada 5 November ini di Australia.

BACA >>> Sanggup Jual Motor Kesayangan Siap Nombor Plat Cantik Sebab Nak Beli Ambulans

Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 10
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 1

Khabarnya, Steve menemui seunit skuter Piaggio Liberty 150 di sebuah tapak pelupusan, mempunyai sedikit kesan rosak. Dia membawa pulang Liberty 150 itu untuk memulakan satu projek modifikasi.

Perkara pertama dibuat ialah menanggalkan semua panel badan dan membina satu tapak lantai yang menjadi kotak simpanan semua wayar dan pekakas elektrik termasuk bateri.

BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi Suzuki FX 125 yang Lain Macam

Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 4
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 11

Trenkuasa asal Liberty 150 dirombak dengan kapasiti asal meningkat kepada 245cc, menerima aci sesondol baharu, ruang kemasukan dan emisi keluar dirombak semula. Selepas itu, karburator standard ditukar kepada jenis Mikumi 33mm dengan beberapa komponen dibekalkan Malossi.

Kepala silinder asal 2-injap dengan sistem sejukan udara ditukar kepada jenis 4-injap beserta sistem sejukan cecair dari siri Vespa GTS 250/300.

BACA >>> Vespa GTS SuperTech 300 (2020) Lancar di Jepun, Harga RM30k

Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 7
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 2

Swingarm dipanjangkan 70mm dengan beberapa kerja menguatkan struktur skuter dibuat untuk memastikan tiada gangguan hantaran kuasa dari enjin ke roda belakang.

Untuk menambah baik kekuatan cengkaman, Steven mengubah konfigurasi rim standard 16 dan 14 inci kepada rim kustom 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang).

Rim aloi belakang sebenarnya datangnya dari model Yamaha MT-09 tetapi menerima beberapa pengubahsuaian. Tayar depan jenis off-road dan belakang dipadankan dengan Continental TKC80. Sistem ekzos pula dicipta dengan menggunakan beberapa bahagian sistem asal model Honda XR 600.

BACA >>> 5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju
BACA >>> #BikinMotor: Active Ninja ZX-25R yang Diubah Suai Lebih Agresif
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha RX-Z dengan Fairing RZR dan Fork USD CBR250RR

Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 0
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 1
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 2
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 8
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 9
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 7
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 12
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 3
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 4
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 11
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 6
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 5
Ellaspede Piaggio Liberty 150 2003 - 10

SUMBER: Ellespede | Motociclismo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, Dust Hustle 13, Ellaspede, Kustom Skuter, Piaggio Liberty 150, roda2, Steve Barry

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev