• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Yamaha RX-Z dengan Fairing RZR dan Fork USD CBR250RR

#BikinMotor: Yamaha RX-Z dengan Fairing RZR dan Fork USD CBR250RR

October 12, 2020 By AI Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA RX-Z diperkenalkan pada 1985 dan menjadi antara model ikonik dalam kalangan peminat motosikal Malaysia. Malah pertengahan tahun ini ada pemilik model ini mendakwa berjaya menjual motosikalnya itu pada harga RM70,000!

Kombinasi rekaan ranggi motosikal jalanan dan hamburan kuasa cukup bertenaga daripada enjin 2-lejang 135cc menjadikan RX-Z kekal sebagai motosikal impian anak-anak muda dahulu dan sekarang. Siapa sangka model ini turut mendapat perhatian peminat Negara Seberang.

 RX-Z milik Deddy Supeno ini mengalami perubahan pertama pada bahagian fairing. Kemudian bahagian roda menggunakan komponen Honda CBR250RR.

"Saya memang sudah jatuh cinta dengan fork USD CBR250RR sejak awal pelancaran," katanya.

Bahagian madgad dan brek kaliper depan turut menggunakan komponen CBR250RR yang digabungkan dengan master brek depan Yamaha YZF-R25, manakala swingarm daripada Ninja 150R. Tugas membrek diserahkan kepada master brek belakang Suzuki GSX-R150 dan kaliper Honda Sonic 150R.

Kemudian naked bike ini dilengkapkan brek cakera depan Custom PSM 320mm yang dikecilkan kepada 310mm, dan brek cakera belakang Suzuki Satria F150. Rim pula diganti dengan model palang lima, TSR asal Malaysia yang tampil sporty.

Set tayar menggunakan Pirello Diablo Rosso Corsa 2 saiz 90/80-17 di depan, dan Pirelli Diablo Rosso Corsa 2 saiz 100/80-17 (belakang). Kemasan akhir ialah bahagian badan disembur cat hitam dan grafik biru-merah sentiuhan Garaj 21 Paint & Brush.

Enjin tidak banyak berubah hanya menggunakan ekzos kustom, membran VForce 3, dan CDI Satria.

BACA >>> Yamaha RX-Z NOS RM70k Sudah Ada Pembeli Bayar Deposit RM30k!
BACA >>> Yamaha RX-Z TwinBoss - 2 Enjin, Made In Malaysia Kerja Gila!

GALERI
SUMBER: Gridoto
1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, bikinmotor, kustom, Restorasi, roda2, Yamaha, Yamaha RX-Z, Yamaha RZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
    #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my