• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Enjin 3-Silinder 1.5L VC-Turbo Nissan Terpilih Antara 10 Enjin Terbaik 2022!

Enjin 3-Silinder 1.5L VC-Turbo Nissan Terpilih Antara 10 Enjin Terbaik 2022!

October 31, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

484
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANG benar dunia automotif sekarang bergerak ke arah teknologi elektrifikasi. Namun, teknologi elektrifikasi bukan hanya kereta elektrik saja, tetapi turut melibatkan kereta hibrid. Ini bermakna enjin pembakaran dalaman (ICE) masih kekal penting.

Antara syarikat yang mempunyai kepakaran dalam elektrifikasi ialah Nissan dan pengeluar dari Jepun itu kini menawarkan barisan kereta elektrik, hibrid dan hibrid ringan (mild hybrid/MHEV).

BACA >>> Nissan X-Trail (2022) Lancar di Jepun dengan Enjin e-POWER, Harga Mula RM103.4k
BACA >>> Nissan Qashqai e-POWER (2022) dengan Enjin 3-Silinder 1.5L Turbo Lancar di Eropah

Seperkara menarik, Nissan juga mempunyai teknologi enjin ICE yang berfungsi sebagai generator, dipanggil e-POWER dan dijual secara massa. Teknologi hibrid sudahpun boleh dinikmati pengguna tempatan menerusi Nissan X-Trail Hybrid dan MHEV pada Nissan Serena S-Hybrid.

Kereta elektrik Nissan boleh dicuba melalui LEAF yang sudah diperkenalkan wakil pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sejak generasi pertama lagi.

Teknologi e-POWER pula turut digunakan pada Note, Serena, Kicks dan Sylphy serta sudah dijual di beberapa pasaran antarabangsa. Ruang yang masih wujud untuk ICE bermakna pengeluar boleh terus memajukannya.

Satu daripada contoh itu ialah enjin 1.5L Variable Compression Turbo (VC-Turbo) yang diiktiraf dalam senarai Wards 10 Best Engines & Propulsion Systems 2022.

Setiap tahun, Wards dari Amerika Syarikat (AS) akan menguji dan menyenaraikan 10 enjin terbaik , dan seiring teknologi elektrifikasi, sistem kuasa elektrik turut dimasukkan. Pengiktirafan terbaharu itu ialah trofi ke-19 dimenangi Nissan. Enjin 3-silinder 1.5L VC-Turbo itu turut digunakan pada Nissan Rogue pasaran AS, juga dikenali sebagai Nissan X-Trail.

Nissan Rogue pasaran AS adalah model generasi terbaharu (keempat) yang tidak sama seperti X-Trail versi Malaysia. Negara lain yang menerima Nissan Rogue atau Nissan X-Trail 1.5L VC-Turbo ialah China, Jepun dan Eropah.

Di China, enjin VC-Turbo yang menjadi nadi Nissan X-Trail diiktiraf dalam China Heart Top 10 Best Engines. Nissan Rogue 1.5L VC-Turbo mempunyai kuasa 201hp @ 5,600rpm dan tork 305Nm @ 2,800-4,000rpm.

Di beberapa pasaran, enjin 1.5L VC-Turbo turut dipadankan bersama sistem MHEV dan menariknya, dijadikan generator kepada sistem e-POWER.

Tahun ini, pasukan juri Wards menguji 29 enjin serba baharu atau dipertingkat dalam pelbagai kondisi seperti pemanduan harian dan perjalanan jauh. Kriteria diambil kira ialah kuasa kuda, tork, bunyi, penggunaan bahan api, perbandingan spesifikasi dan penggunaan teknologi baharu.

BACA >>> Nissan X-Trail (2022) Lancar di Jepun dengan Enjin e-POWER, Harga Mula RM103.4k
BACA >>> Beli Nissan Almera Turbo, Dapat Pakej Tomei Aero Bernilai RM8k Percuma!

Nissan Rogue (2023)
Nissan Rogue 2023 AS.01
Nissan Rogue 2023 AS.02
Nissan Rogue 2023 AS.03
Nissan Rogue 2023 AS.04
Nissan Rogue 2023 AS.05
Nissan Rogue 2023 AS.06
Nissan Rogue 2023 AS.07
Nissan Rogue 2023 AS.08

Related

484
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Nissan, Nissan VC-Turbo, Teknologi e-POWER, VC-Turbo, Wards 10 Best Engines & Propulsion Systems, Wards 10 Best Engines & Propulsion Systems 2022, WardsAuto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev