YAMAHA menaik taraf siri MT paling kecil, Yamaha MT-125 (2023) untuk pasaran Eropah dengan melengkapkan model itu dengan ciri kelas perdana pada harga £4,800 (RM26,170).
Antara penambahbaikan diperkenalkan Yamaha MT-125 (2023) ialah:
BACA >>> Yamaha YZF-R25, MT-25 (2022) Kini Ada ABS, Signal Belok LED, Harga Naik Jadi RM22.9k!
BACA >>> Yamaha MT-15 V2 (2022) Laris di India, Jualan Bulan Pertama Cecah 10k Unit!
- Ditawarkan dalam tiga warna: Cyan Storm (sian), Icon Blue (biru) dan Tech Black (hitam).
- Dilengkapkan sistem kawalan traksi (TCS) yang jarang sekali ada pada model dalam segmen sama.
- Pengenalan panel meter TFT 5.0 inci, juga ciri yang jarang didapati pada model 125cc. Pembaharuan ini disertakan bersama fungsi konektiviti Bluetooth untuk aksen panggilan telefon dan notifikasi mesej daripada telefon pintar.
- Aspek lain dikekalkan. Trenkuasa masih dijana enjin silinder tunggal 124cc penyejukan cecair berkuasa 15hp @ 9,000rpm dan tork 11.5Nm @ 8,000rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Komponen premium lain juga dikekalkan seperti fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock di belakang.
- Menggunakan sistem brek cakera tunggal di depan dan belakang.
- Gaya badan direka identik dengan Yamaha MT-15 V2.
- Di pasaran, Yamaha MT-125 (2023) akan bersaing dengan KTM 125 Duke.
BACA >>> Yamaha Eropah Perkenal Pakej Sport untuk MT-125, MT-03
BACA >>> KTM 125 Duke, Adik Bongsu yang Mesra Lesen A2 EU (dan Subsidi Minyak Malaysia)
Leave a Reply