• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 125 Duke, Adik Bongsu yang Mesra Lesen A2 EU (dan Subsidi Minyak Malaysia)

KTM 125 Duke, Adik Bongsu yang Mesra Lesen A2 EU (dan Subsidi Minyak Malaysia)

December 4, 2018 By Aryon Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM 125 Duke ialah adik paling bongsu dalam famili Duke yang sengaja dihasilkan untuk memenuhi pasaran pelesenan baharu Kesatuan Eropah (EU), iaitu lesen A2. Model ini berkongsi penampilan sama seperti saudara senior lain.

Ini dapat dilihat pada frem trellis, fork depan terbaik (USD), kaliper brek depan radial dengan 4-piston, kotak gear 6-kelajuan dan kluster instrumen digital penuh yang memaparkan pelbagai maklumat.

BACA >>> KTM 200 Duke (2018) Debut di Malaysia | Harga RM11,888

125 Duke juga diberikan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) satu saluran, sekali gus menjadi jentera 125cc pertama di India yang menawarkan ciri keselamatan seumpama itu.

125 Duke ABS berharga Rs118,000 (RM6,961) dan setakat ini masih tidak pesaing langsung berdasarkan sesaran enjin, tetapi boleh dianggap sebagai alternatif lain kepada Yamaha YZF-R15 S, Bajaj Pulsar NS200 dan TVS Apache RTR 200 4V ABS.

Tidak dapat dipastikan sama ada Duke versi 125cc ini akan dibawa masuk ke pasaran tempatan kerana KTM Malaysia sudah pun menawarkan model paling hampir, 200 Duke pada harga RM11,888. Malah, naked bike itu baru saja dilancarkan, Julai tahun ini.

BACA >>> Foto KTM Duke 390 (2017) Dengan Rekaan Baharu Mula Tersebar

Namun dengan pelaksanaan dasar subsidi minyak ke atas jentera 125cc ke bawah untuk golongan B40 tahun depan, mungkin saja ada ruang permintaan untuk motosikal seperti ini berkembang. Apapun, masa menentukan.

SPESIFIKASI

KTM 125 DUKE

ENJIN: 124.7 cc, penyejukan cecair, suntikan bahan api (FI)
KUASA MAKSIMUM: 14.3hp @ 9,250 rpm
TORK MAKSIMUM: 12Nm @ 8,000 rpm
SILINDER: 1
TRANSMISI: Manual 6-kelajuan
TINGGI PELANA: 818mm
KELEGAAN TANAH: 175mm
BERAT KERB: 148kg
KAPASITI TANGKI: 10.2 litres
KELAJUAN MAKSIMUM: 120kmj

GALERI

Artikel Berkaitan

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: KTM, KTM 125 Duke, KTM India, ktm malaysia, naked bike, Ready to Race, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my