• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Corolla (2023) Kemas Kini Model Sedan, Hatchback dan Wagon di Jepun

Toyota Corolla (2023) Kemas Kini Model Sedan, Hatchback dan Wagon di Jepun

October 25, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

309
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK diperkenalkan pada 1966, Toyota Corolla terus berevolusi dan hingga kini lebih 50 juta unit terjual serata dunia.

Di pasaran tempatan, UMW Toyota (UMWT) menawarkan Toyota Corolla Sedan dan Toyota Corolla Cross (SUV) yang menjadi dua daripada empat keluarga Corolla selain hatchback Toyota Corolla Sport dan wagon dengan nama Toyota Corolla Touring.

BACA >>> Tiga Varian Toyota GR Corolla (2023) untuk Amerika! Harga Mula RM163k

Dua model tersebut boleh dimiliki menerusi penjual bebas yang diimport masuk dari Jepun. Berada di pasaran sejak 2018, Toyota Jepun memperkenalkan versi kemas kini untuk Toyota Corolla, Toyota Corolla Sport dan Toyota Corolla Touring yang boleh didapati bermula 3 Oktober lalu.

Rekabentuk
  • Lampu siang (DRL) LED rekaan tunggal berbanding terpisah sebelum ini.
  • Bampar depan Corolla dan Corolla Touring tidak lagi menggunakan gril sarang lebah seperti sebelum ini dan digantikan dengan palang horizontal dan spoiler bawah.
  • Gril sarang lebah pada Corolla Sport digantikan corak anak panah dan lampu kabus baharu.
Trenkuasa
Toyota 1.8L 2ZR-FXE
  • Ketiga-tiga model ditawarkan dalam versi hibrid.
  • Enjin 1.8L 2ZR-FXE berkuasa 96hp dan tork 142Nm dengan motor elektrik 1VM, berkuasa lebih tinggi iaitu 93hp dan 185Nm berbanding 51hp dan tork 163 Nm.
  • Pacuan dua roda (2WD) atau semua roda (AWD) E-Four dengan motor elektrik di belakang berkuasa 39hp dan tork 84Nm.
Toyota 1.5L Dynamic Force
Toyota 2.0L Dynamic Force
  • Enjin 1.5L Dynamic Force (M15A-FKS) untuk Corolla Touring menggantikan enjin 1.8L (2ZR-FAE).
  • Enjin 2.0L Dynamic Force (M20A-FKS) untuk Corolla Sport menggantikan enjin 1.2L turbo (8NR-FTS). Varian dengan enjin ini yang biasa dibawa ke pasaran tempatan.
  • Enjin 2.0L lebih berkuasa, iaitu 168hp dan tork 202Nm berbanding kuasa 1114hp dan tork 185Nm pada model 1.2L turbo.
Sistem Multimedia

  • Unit infotainment 8 inci atau 10.5 inci dengan konektiviti wayarles tanpa wayar Apple CarPlay.
  • Pilihan fungsi Wi-Fi.
  • Perakam video depan dan belakang menjadi ciri standard untuk varian terpilih.
Tambahan Ciri Toyota Safety Sense (TSS)

  • Ciri keselamatan prapelanggaran berfungsi mengesan kehadiran kenderaan apabila membelok di simpang dan pejalan kaki melintas jalan apabila kereta membelok ke kanan atau kiri.
  • Sistem Bantuan Pemanduan Proaktif yang mengambil kira risiko berdasarkan situasi pemanduan dan memberi bantuan kepada stereng dan brek bagi mengelakkan jarak terlalu dekat dengan pejalan kaki, basikal dan kenderaan diparkir.
Harga*
  • Toyota Corolla: 1,990,000 yen (RM63,290) hingga 2,998,000 yen (RM95,350)
  • Toyota Corolla Touring: 2,070,000 yen (RM65,840) hingga 3,048,000 yen (RM96,940)
  • Toyota Corolla Sport: 2,200,000 yen (RM69,970) hingga 2,890,000 yen (RM91,920)

BACA >>> SUV Terlaris Dunia Toyota RAV4 GR Sport (2022) Kini dalam Versi Sporty, Pengendalian Mantap
BACA >>> 5 Ciri Menarik Toyota Noah, Voxy (2022) Baharu, Harga Mula RM97k!

Toyota Corolla W×B (2023)
Toyota Corolla Touring W×B (2023)
Toyota Corolla G (2023)
Toyota Corolla Touring G (2023)
Toyota Corolla Sport G Z (2023)
Enjin dan Sistem Hibrid Toyota Corolla (2023)
Sistem hibrid Toyota 1.8L
Toyota 1.8L 2ZR-FXE
Toyota 1.5L Dynamic Force
Toyota 2.0L Dynamic Force
Siri Toyota Corolla Jepun (2023)

Related

309
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Toyota, Toyota Corolla, Toyota Corolla 2023, Toyota Corolla Sport, Toyota Corolla Touring, Toyota Japan, Toyota Jepun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my