• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Terlaris Dunia Toyota RAV4 GR Sport (2022) Kini dalam Versi Sporty, Pengendalian Mantap

SUV Terlaris Dunia Toyota RAV4 GR Sport (2022) Kini dalam Versi Sporty, Pengendalian Mantap

October 24, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

555
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) Toyota Corolla Cross semakin mudah ditemui di jalan raya tempatan. Boleh disimpulkan SUV itu berjaya mendapat tempat di kalangan pengguna walaupun berada dalam segmen kompetitif.

Sebelum Toyota Corolla Cross, UMW Toyota ada dua SUV lagi yang ditawarkan, iaitu C-HR dan RAV4. Tahukah anda? Toyota RAV4 sebenarnya SUV terlaris dunia pada 2021 dengan jualan mencecah sejuta unit!

BACA >>> SUV Subkompak Yaris Cross GR Sport (2023) untuk Eropah dengan Enjin Hibrid 3-Silinder 1.5L
BACA >>> Thailand Lancar Toyota Hilux Revo GR Sport (2022) yang Lebih Garang, Harga Mula RM114k

Terbaharu di Eropah, ada varian terbaru muncul di rantau itu, iaitu Toyota RAV4 GR Sport. Tawaran itu selari model GR Sport lain seperti Yaris, Yaris Cross, Corolla, C-HR termasuk trak pikap Hilux. Sebagai model GR SPORT, Toyota RAV4 tampil dengan pakej gaya sporty dan pengendalian dipertingkat untuk model hibrid dan hibrid plug-in (PHEV).

Luaran
  • Gerbang roda, pelindung sisi, kemasan pintu but hitam piano.
  • Jejaring gril bentuk G dan braket lampu kabus bercorak sama.
  • Spoiler depan baharu warna perak gelap untuk model hibrid.
  • Rekaan spoiler depan berbeza untuk model PHEV dalam warna kelabu kusam (gunmetal grey).
  • Lencana GR pada gril depan dan pintu but.
  • Rim 19 inci hitam kilat dan kemasan mesin gilap pada rekaan rim bagi menaikkan seri dan perincian.
  • Ini model pertama menggunakan rim aloi yang dibuat daripada teknik potongan garis ultra jitu baharu.
Dalaman
  • Kerusi sport fabrik sued dan kulit tiruan pada bahagian tepi. Bahan digunakan bebas daripada haiwan.
  • Penyandar kepala berlogo GR.
  • Kerusi depan boleh laras elektrik dengan tetapan memori untuk pemandu.
  • Kemasan kelabu kusam gunmetal pada pintu dan stereng
  • Logo GR pada karpet kaki dan stereng.
  • Unit infotainment baharu 10.5 inci dengan paparan definisi tinggi (HD), dan kluster instrumen digital 12.3 inci.
  • Bumbung panoramik.
Pengendalian
  • Spring lebih tegar dan absorber talaan sport.

Selain prestasi cemerlang pada 2021, jualan kumulatif Toyota RAV4 sejak dilancarkan pada 1994 sudahpun melepasi angka 10 juta unit pada 2020 yang meletakkan model itu sebagai SUV terlaris dunia.

Di Britain, Toyota RAV4 Hybrid (2021) dijana enjin 2.5L dalam pilihan sistem pacuan roda depan (FWD) berkuasa 218hp dan pacuan semua roda pintar (AWD-i) berkuasa 222hp. Toyota RAV4 PHEV (2021) pula dijana enjin 2.5L AWD-i berkuasa 306hp.

Harga permulaan kedua-dua varian ialah  £35,350 (RM189,150) dan £44,140 (RM236,190). Toyota RAV4 Hybrid GR SPORT dan Toyota RAV4 PHEV GR SPORT dijadualkan mula ditawarkan di Eropah pada suku keempat 2022.

BACA >>> Tiga Varian Toyota GR Corolla (2023) untuk Amerika! Harga Mula RM163k
BACA >>> 5 Ciri Menarik Toyota Noah, Voxy (2022) Baharu, Harga Mula RM97k!

Toyota RAV4 GR Sport PHEV (2022)
Toyota RAV4 GR Sport Hybrid (2022)

Related

555
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GR SPORT, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Toyota, Toyota RAV4, Toyota RAV4 GR SPORT, Toyota RAV4 GR SPORT 2022, Toyota RAV4 Hybrid GR SPORT, Toyota RAV4 Plug-in Hybrid GR SPORT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my