BENTLEY Kuala Lumpur memperkenalkan sedan hibirid mewah, Bentley Flying Spur Hybrid (2022) yang ditawarkan pada harga RM945,000, tidak termasuk caj duti, cukai dan pendaftaran.
Flying Spur Hybrid (2022) dibangunkan berasaskan model generasi ketiga Flying Spur yang ditawarkan dalam dua varian, Azure dan S. Berikut perinciannya:
BACA >>> Bentley Residences: Pangsapuri Mewah Siap Lif Kereta, Harga Lebih RM18 Juta Seunit!
BACA >>> Bentley Tambah 100 Jurutera, Lebih Separuh untuk Bidang Elektrikal, Perisian dan UX/UI
TRENKUASA
- Sedan itu adalah jenis hibrid plug-in (PHEV) kerana ada terminal untuk mengecas semula bateri sebelah kiri kenderaan.
- Dipacu enjin 24-injap 2.9L (2,894cc) V6 TFSI (turbo kembar) DOHC dengan motor elektrik yang menghasilkan output kuasa 536hp dan tork 750Nm.
- Sistem transmisi dual-klac (DCT) ZF 8-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda (AWD).
- Secara berasingan, enjin petrol menghamburkan kuasa 410hp dan tork 550Nm, manakala unit motor mengekstrak kuasa 134hp dan tork 400Nm.
- Bateri digunakan jenis litium-ion 18kWh yang memerlukan 2.5 jam untuk dicas penuh (menggunakan pengecas pantas) dan 6.15 jam jika dicas di rumah (berbeza mengikut negara).
- Masa pecutan 0-100kmj sepantas 4.3 saat. Kelajuan maksimum 285kmj yang setanding trenkuasa W12 dan V8.
- Trenkuasa hibrid menawarkan jarak pemanduan lebih 800km (dengan isian tangki minyak dan bateri penuh). Kapasiti tangki minyak 80 liter dan boleh isi petrol jenis RON95.
MOD PEMANDUAN
- Ada tiga mod E pemanduan: EV Drive, Hybrid Mode dan Hold Mode.
- EV Drive akan aktif apabila kereta dihidupkan dengan memaksimumkan pemanduan elektrik. Mod ini sesuai untuk pemanduan dalam bandar.
- Kluster instrumen memaparkan pelbagai maklumat, termasuk operasi berasaskan kuasa elektrik (EV) ketika kuasa regenratif dijana semula atau tenaga digunakan. Begitu juga paparan trenkuasa pembakaran dalaman.
- Skrin unit infotainmen turut menunjukkan aliran kuasa menerusi paparan data statistik, paras bateri, jarak pemanduan dan maklumat pengecasan bateri, serta turut dipaparkan pada kluster instrumen pemandu dan paparan dongan (HUD).
LUARAN
- Model Flying Spur Hybrid (2022) sedikit berbeza. Antaranya ditampal lencana Hybrid pada fender depan, empat muncung ekzos dan slot pengecasan bateri bertutup sebelah kiri fender belakang.
- Dilengkapi kabel mengikut kesesuaian pasaran yang memudahkan kereta dicas di kediaman pemilik atau terminal pengecasan awam.
- Teknologi LED untuk lampu utama jenis matriks dengan lampu siang (DRL) dan lampu belakang. Fungsi Bantuan Lampu Suluh Tinggi Automatik (HBA) hadir sebagai ciri standard.
- Ada tiga pilihan rim: 20 inci (standard), 21 inci atau 22 inci.
DALAMAN
- Menggunakan material menawan dengan rekabentuk kontemporari yang mengetengahkan kepakaran dan inovasi kabin mewah.
- Ada 15 pilihan warna material kulit (lima standard, 10 opsyen) dengan pilihan lapan dekorasi mengikut cita rasa pemilik.
- Unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci dengan navigasi HDD, dua slot kad memori SD, sambungan Bluetooth dan WiFi, slot cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) serta radio digital.
- Ada konektiviti Apple Car Play, radio satelit Sirius, pemacu keras 60GB, sistem telefon 4G, dan pencarian online POI.
- Dilengkapi ciri keselamatan seperti beg udara untuk pemandu, penumpang, sisi dan tirai, fungsi pandang malam (night vision), pengecaman papan tanda jalan (RSR) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan beberapa lagi.
BACA >>> Bentley GT Mulliner Blackline - Pakej Gaya Misteri dengan Enjin 6.0L Turbo Kembar!
BACA >>> Rolls-Royce Black Badge Ghost Tiba Ke Malaysia, Harga Mula RM1.8j!
Leave a Reply