• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda City Hilang Kawalan Rempuh Pokok, Pemandu Terkorban

Honda City Hilang Kawalan Rempuh Pokok, Pemandu Terkorban

October 18, 2022 By Shawkath Leave a Comment

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG lelaki berumur dalam lingkungan 30 tahun dilaporkan maut selepas kereta jenis Honda City yang dipandunya disyaki hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di tepi Jalan Kuching.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan menyatakan insiden berlaku pada awal pagi Ahad lalu, 16 Oktober 2022 iaitu di laluan selepas bulatan Jalan Ipoh arah Pusat Bandaraya.

Beberapa foto tular di media sosial menunjukkan keadaan kereta sedan yang rosak teruk dengan sebahagian trenkuasa tertanggal. Selain Bomba, turut berada di lokasi kejadian ialah sekumpulan anggota polis dan anggota perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

LAPORAN KEJADIAN

  • Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 1:25 pagi.
  • 14 anggota bersama dua jentera FRT Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dan BBP Jinjang bergegas ke lokasi kemalangan.
  • Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Rusdi Ismail menyatakan sebaik tiba di lokasi, pasukannya mendapati ada kemalangan jalan raya melibatkan kereta jenis Honda City terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan.
  • Ada seorang mangsa lelaki berusia 30-an dan disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pihak KKM.
  • Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 2:14 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
  • Operasi tamat jam 2:32 pagi.

BACA >>> Honda City Hatchback RS e:HEV (2022) Berkuasa 107hp, 253Nm Dedah Harga, RM107k!
BACA >>> Video Lori Mengundur Sebab Brek Rosak, Drebar Nekad Langgar Pokok untuk Berhenti
BACA >>> Bas Tanpa Pemandu Langgar Pokok Hingga Tumbang, 4 Kereta Rosak

Related

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Honda City, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Kuching, Kemalangan Jalan Kucing, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur, Rusdi Ismail

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my