• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mampukah GP Malaysia 2022 Kembali Jadi Tumpuan Peminat Tanpa Valentino Rossi?

Mampukah GP Malaysia 2022 Kembali Jadi Tumpuan Peminat Tanpa Valentino Rossi?

October 14, 2022 By Shawkath Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

AKSI GP Malaysia 2022 akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu depan selepas 'rehat' dua musim akibat pandemik Covid-19. Timbul satu persoalan iaitu mampukah GP Malaysia kali ini jadi lebih gemilang berbanding zaman pra-Covid?

Sukar tetapi bukan bermaksud tidak mustahil. Banyak situasi yang sudah dan sedang berlaku memberi kesan terhadap status GP Malaysia 2022, sama ada sukses atau meneruskan rentak penurunan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif menerusi satu sesi temubual maya sempat menjawab pertanyaan media mengenai perkembangan semasa GP Malaysia.

STATUS JUALAN TIKET

Azhan mengharapkan jangkaan kira-kira 170,000 pengunjung ke GP Malaysia 2022 iaitu lebih kurang macam tahun 2019. Namun, itu bukan suatu perkara mudah kerana harga tiket kini sudah lebih mahal sebabkan dua faktor iaitu:

  • Banyak kos terlibat sudah meningkat berbanding 2019.
  • Ada cukai hiburan 25 peratus.

Azhan menyatakan sebelum ini SIC diberi pengecualian cukai tersebut tetapi sudah dikenakan tahun ini. Kerajaan Selangor masih belum beri kata putus terhadap permintaan SIC berhubung pengecualian cukai itu.

SIC akan meneruskan perbincangan berhubung isu cukai hiburan supaya harga tiket MotoGP 2023 tidak melambung seperti tahun ini.

Setakat ini, Azhan masih memberi jawapan selamat mengenai jumlah jualan tiket dijual iaitu lebih 50 peratus dan mendekati sasaran 170,000 pengunjung.

BACA >>> SIC Pertingkat Kawalan Keselamatan Litar Sepang untuk Elak Kes Curi MotoGP 2019 Berulang

KUNJUNGAN PENONTON MEROSOT

  • Secara asasnya, 80 peratus pengunjung GP Malaysia 2022 dijangka peminat tempatan dan 20 peratus lagi ialah pelancong luar. Bagaimanapun, Azhan mengakui bilangan pelawat asing semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.
  • Beliau menyatakan salah satu penyebab ialah harga tiket penerbangan mahal. Selain itu, faktor cuti sambutan perayaan minggu depan juga mungkin penyebab pengunjung kurang ke Litar Sepang.
  • GP Malaysia bermula 21 hingga 23 Oktober 2022 (Jumaat hingga Ahad) dan Isnin (24 Oktober) pula cuti umum Deepavali. Lebih ramai rakyat Malaysia dijangka menghabiskan masa pulang ke kampung atau bercuti.
  • Malah pembubaran Parlimen juga dilihat sebagai salah satu kemungkinan menjejaskan kehadiran penonton di SIC.

LEBIH SURAM TANPA VALENTINO ROSSI

  • Sejak Valentino Rossi mengumumkan persaraan pada musim lalu, suasana Kejohanan MotoGP kelihatan suram di beberapa litar dengan penurunan jumlah penonton.
  • Azhan mengakui kesan itu dijangka berlaku di SIC hujung minggu depan dan akan mengambil masa sebelum situasi kembali pulih.
  • Bagaimanapun, penampilan Damok dan tiga lagi pelumba tempatan dipercayai mampu memulihkan semangat penonton untuk kembali menyaksikan saingan GP Malaysia musim ini.

BACA >>> #RetroAuto: Idea Doohan, Skil Rossi Popularkan Brek Ibu Jari dalam MotoGP
BACA >>> GP Itali 2022 Makin Suram Tanpa Rossi?
BACA >>> #46 Kekal Milik Valentino Rossi Selamanya!
BACA >>> #RetroAuto: Inilah Kisah di Sebalik Kuning Floresen yang Jadi Warna Kegemaran Rossi

Related

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2022 GP Malaysia, Azhan Shafriman Hanif, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), roda2, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev