• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Macam Z400, Tapi Elektrik, Kawasaki EV Tarik Perhatian Pengunjung Intermot 2022

Macam Z400, Tapi Elektrik, Kawasaki EV Tarik Perhatian Pengunjung Intermot 2022

October 5, 2022 By Aryon Leave a Comment

311
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI menarik perhatian pengunjung pameran motosikal antarabangsa di Jerman, Intermot 2022 menerusi model elektrik Kawasaki EV yang tampil seperti model naked bike Z400.

Motosikal elektrik itu pernah muncul dalam perlumbaan Suzuki 8 Hours tidak lama dulu, tetapi ini kali pertama Kawasaki mengesahkan model elektrik tersebut.

BACA >>> Kawasaki Elektrode (2023), Basikal Elektrik Kanak-Kanak, Harga Mula RM4.8k!
BACA >>> Kawasaki Ninja 250 Elektrik Semakin Jadi Kenyataan, Masih Gaya Model Petrol?

Dari segi rekabentuk, Kawasaki EV hampir mirip seperti Z400, tetapi versi elektrik ini nampak lebih kemas tanpa kehadiran blok enjin pembakaran dalaman (ICE).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kawasaki Eropah, Masaya Tsuruno berkata, Kawasaki EV masih sebagai model konsep yang hanya ditayangkan sempena Intermot. Bagaimanapun, model konsep ini akan menjadi asas kepada pembangunan kenderaan elektrik masa depan Kawasaki.

Kawasaki menjelaskan akan terus meneruskan kerja-kerja pembuatan enjin ICE, tetapi pada masa sama menghasilkan pilihan enjin elektrik dan bahan api bio (biofuel). Malah, Kawasaki turut menimbang menghasilkan enjin hidrogen sebagai tambahan.

Terdahulu, Presiden Kawasaki Motor, Hiroshi Ito mendedahkan yang pengeluar motosikal itu akan memperkenalkan sekurang-kurangnya tiga model elektrik peringkat global tahun ini.

BACA >>> Duo Sportbike EV Kawasaki E2, E2-R Lancar di Eropah November Ini?
BACA >>> Kawasaki Ninja E1: Motosikal Elektrik dengan Kotak Gear Ini Mampu Hasilkan 60hp?

kawasaki-ev-intermot-3
kawasaki-ev-intermot-4
kawasaki-ev-intermot-5
kawasaki-ev-intermot-6
kawasaki-ev-intermot-2
kawasaki-ev-intermot-1

Related

311
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Intermot 2022, Kawasaki, Kawasaki EV, kawasaki z400, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal elektrik, motosikal EV, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev