• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Motor Maut Terlanggar Tapir Melintas

Penunggang Motor Maut Terlanggar Tapir Melintas

September 30, 2022 By Farah Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG lelaki maut selepas motosikal jenis Honda RS150 yang ditungganginya melanggar seekor tapir yang melintas secara tiba-tiba di Kilometer 17, Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Ulu Bendul, Kuala Pilah, tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira 11.15 malam itu, menyebabkan mangsa, 33 tahun dipercayai tercampak dari motosikal yang ditungganginya sebelum meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.

Siasatan awal mendapati tapir itu tiba-tiba melintas menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar haiwan liar itu dan tercampak di tepi jalan raya.

Insiden itu turut menyebabkan haiwan liar tersebut mati di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>> Mercedes-Benz GLC Langgar Traktor Sampai Putus Dua!
BACA>>>> Stesen Cas EV Masih Tak Cukup, Kurang 1,000 Unit Seluruh Negara

SUMBER: Harian Metro

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: haiwan liar melintas, kemalangan, Penunggang Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev