• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bugatti Tidak Jadi Hasilkan SUV, Jumlah Jualan Bukan Perkara Penting

Bugatti Tidak Jadi Hasilkan SUV, Jumlah Jualan Bukan Perkara Penting

September 26, 2022 By Han Othman Leave a Comment

404
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA banyak pengeluar supercar berlumba menghasilkan kenderaan utiliti sukan (SUV) versi prestasi tinggi, tetapi Bugatti nampaknya enggan mengikut trend tersebut.

Bagaimanapun, Bugatti sebelum ini pernah menyatakan hasrat mengeluarkan SUV elektrik penuh, tetapi berubah fikiran seminggu lalu untuk  tindak menghasilkan model SUV.

Dipetik Autocar, Pengarah Rekabentuk Bugatti, Achim Anscheidt berkata;

Kami sentiasa ada idea tentang barisan model kedua. Namun, kami juga (memikirkan) pada satu tahap, adakah anda mula menjual jenama. Apakah yang anda buat dengan logo bernilai ini? Adakah langkah ini sangat kejam dengan menjual logo untuk sejumlah angka (pendapatan)?"

Pengeluaran kapasiti tinggi tidak pernah menjadi sesuatu yang penting buat Bugatti dan jika perlu melakukannya, pengeluar itu perlu menghasilkan model perdana yang lebih eksklusif.

Jika berlaku (keluarkan model setiap hari/model kedua), saya ialah peminat tegar untuk seimbangkan semua ini, tanpa melupakan akar umbi syarikat atau untuk (cipta) sesuatu yang lebih eksklusif. Ini bermakna jika anda pergi ke jumlah lebih banyak, anda sepatutnya lebih eksklusif dari segi lain. Jadi ini kekal sebagai teras produk dan ia seimbangkan semua itu."

Komen diberikan Anscheidt juga seiring kenyataan dibuat mantan Pengerusi Bugatti, Stephan Winkelmann yang kini menjadi bos di Lamborghini buat kali kedua.

Menurutnya, apabila bercakap mengenai SUV Bugatti, model itu sepatutnya menawarkan misi berbeza dalam bentuk berbeza dan elektrifikasi adalah pendekatan yang tepat.

Kenyataan itu mungkin benar pada masa itu, tambahan lagi Bugatti kini berkolaborasi dengan pengeluar hypercar EV, Rimac yang merancang menghasilkan apa saja, tetapi lebih kepada hypercar paling eksklusif.

Bugatti juga tidak melupakah falsafah dibawa jenama itu, iaitu 'Jika boleh dibandingkan, ia bukan lagi Bugatti'. Justeru tidak kira betapa istimewa SUV itu, adalah sukar untuk membandingkan ia dengan model lain. Sebagai contoh model roadster seperti Mistral, sebenarnya tiada pesaing langsung.

BACA >>> Ronaldo Beli Jam Tangan Ilham Bugatti Chiron, Harga RM6.5 Juta
BACA >>> Ikat Skru Tidak Ikut Spesifikasi, Bugatti Panggil Balik Seunit Chiron di Amerika

Related

404
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Achim Anscheidt, Auto Terkini, Bugatti, Rimac, Stephan Winkelmann, SUV Bugatti

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my