• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Henti Kilang Pengeluaran di Rusia

Toyota Henti Kilang Pengeluaran di Rusia

September 26, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IMPAK daripada konflik peperangan memang tidak enak didengar. Pada 23 September lalu, Toyota mengumumkan keputusan menghentikan pengeluaran kenderaan di kilang Saint Petersburg, Rusia.

Ini keputusan terbaru selepas 4 Mac apabila Toyota menggantung operasi pengeluaran di kilang sama berikutan gangguan bekalan bahan dan komponen utama. Sejak itu, Toyota memantau situasi dengan teliti dan menilai kemampanan masa depan perniagaan di negara Eropah itu.

Dalam tempoh berkenaan  Toyota mengekalkan semua pekerja dan memastikan kemudahan di sana siap sedia dimulakan jika situasi mengizinkan. Namun, selepas enam bulan, pengeluar automotif dari Jepun itu tidak dapat meneruskan aktiviti seperti biasa kerana tidak melihat sebarang petunjuk ia boleh dimulakan semula pada masa depan.

Keputusan untuk menghentikan terus operasi di Rusia bukan diambil mudah. Operasi akan diteruskan, tetapi dengan penstrukturan semula dan dioptimumkan memberi sokongan kepada rangkaian perniagaan yang memberi khidmat kepada pelanggan sedia ada, Toyota dan Lexus.

Pada masa sama Toyota akan menawarkan bantuan kepada pekerja di Rusia bagi mendapatkan pekerjaan baharu, kemahiran semula dan kesejahteraan, termasuk sokongan kewangan.

Berita sebegini sememangnya menyedihkan kepada kami yang juga berada dalam ekosistem dan industri automotif. Kami doakan semuanya baik belaka dan segala konflik melanda dunia dapat diselesaikan sebaik mungkin.

BACA >>> Tiga Varian Toyota GR Corolla (2023) untuk Amerika! Harga Mula RM163k
BACA >>> Toyota GR86 (2022) Masuk Australia Bulan Ini dengan Teknologi Bantuan Pemandu

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Saint Petersburg, Toyota, Toyota Motor Rusia, Toyota Motor Russia, Toyota Rusia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my