MERCEDES-AMG C 63 S E PERFORMANCE ialah model sarat teknologi canggih dengan rekabentuk tenang yang tidak menggambarkan pelbagai teknologi dibawa seperti trenkuasa, pengendalian dan pengaruh Formula Satu (F1).
Paling mudah menggambarkan kereta ini ialah kuasa kuda setinggi 680hp dan tork 1,020Nm yang dihamburkan daripada enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo dengan gabungan motor elektrik.
Menurut Mercedes, trenkuasa digunakan adalah enjin 4-silinder paling berkuasa di dunia dengan daya pecutan setanding liga supercar walapun seberat lebih 2.1 tan.
Terlalu banyak mahu diceritakan mengenai sedan ini yang mana perihal trenkuasa saja boleh dibuat buku untuk ditelaah. Boleh dikatakan Mercedes-AMG C 63 S terbaharu ini adalah pencapaian unggul dalam dunia kejuruteraan automotif.
Enjin AMG 2.0L Pengecas Turbo Bantuan Elektrik
- Enjin M139l AMG 2.0L (1,991cc) dengan huruf 'L' bermaksud pemasangan secara longitud (menegak).
- Enjin 4-silinder berkuasa 476hp @ 6,725rpm, yang juga enjin 4-silinder massa paling berkuasa dunia.
- Tork maksimum 545Nm @ 5,250-5,500 rpm.
- Enjin massa pertama dunia yang menggunakan pengecas turbo gas ekzos elektrik yang diambil daripada teknologi digunakan pasukan Mercedes-AMG Petronas F1.
- Sokongan elektrik pada pengecas turbo ekzos menghapuskan masalah jeda turbo pada enjin, manakala pacuan elektrik membantu melonjakkan kereta dari posisi pegun.
- Saiz pengecas turbo lebih besar daripada C 43 4MATIC dan SL 43 dengan kadar aliran angin lebih tinggi dan berkuasa.
- Pecutan 0-100km sepantas 3.4 saat. Kelajuan maksimum dihadkan 250kmj atau pilihan 280kmj (saloon) 270kmj (estate).
- Transmisi AMG Speedshift MCT 9G (Mult-Clutch Transmission).
- Gandar belakang aktif dengan stereng (rear-axle steering).
- Sistem pacuan semua roda variabel penuh AMG Performance 4MATIC+ dengan fungsi Drift Mode.
- Mod pandu AMG DYNAMIC SELECT: Electric, Comfort, Battery Hold, Sport, Sport+, RACE, Slippery dan Individual.
Trenkuasa Elektrik 204hp, Jarak Pandu 13km
- Trenkuasa kuasa elektrik dan bateri prestasi tinggi dibangunkan AMG secara dalaman.
- Motor elektrik 150kW (204hp) dan tork 320Nm.
- Motor elektrik bersepadu dikuasakan sistem 400V berbanding 48V pada model C 43 4MATIC dan SL 43
- Kapasiti bateri 6.1kWj dengan output berterusan 70kW dan output puncak 150kW untuk 10 saat, manakala berat hanya 89kg.
- Menggunakan pengecas arus ulang-alik (AC) 3.7 kW.
- Bateri direka untuk kuasa pantas dan bukan jarak jauh.
- Jarak pemanduan elektrik 13km.
- Generator penghidup digerakkan tali sawat dengan alternator dan penghidup disatukan dalam satu komponen.
- Motor elektrik 2-kelajuan dipasang pada gandar belakang.
Saiz Lebih Besar daripada Mercedes-Benz C-Class
- Nampak sama, tetapi kedua-dua model Saloon (sedan) dan Estate (wagon) lebih besar berbanding C-Class asal.
- Bahagian depan 50mm lebih panjang dengan sayap lebih lebar.
- Dimensi panjang Saloon dan Estate bertambah 83mm berbanding C-Class.
- Trek gandar depan 76mm lebih lebar dan jarak roda bertambah 10mm.
- Logo AMG menggantikan logo bintang Mercedes.
Sebagai rujukan, Mercedes-AMG C 63 S terbaharu ini menggantikan model terdahulu yang dijana enjin 4.0L V8 berkuasa 500hp dan tork 700Nm.
Perlu dinyatakan, jika dibawa masuk ke pasaran tempatan, cukai jalan model terbaru ini dengan enjin 2.0L pastinya jauh lebih rendah!
BACA >>> Mercedes-AMG GT Black Series dengan DNA Jentera Lumba, RM1.8 Juta!
BACA >>> Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé (1955) Ini Dijual RM630j!
Leave a Reply