KAWASAKI sudah menandatangani perjanjian dengan Toyota untuk menggabungkan sumber dan bekerjasama membangunkan trenkuasa hidrogen untuk motosikal masa hadapan.
Seperti diketahui, Kawasaki pernah mendedahkan projek pembangunan motosikal berasaskan trenkuasa hibrid dan elektrik. Malah pengeluar motosikal itu juga sudah membuat pelaburan dalam pembanguna teknologi berasaskan hidrogen.
BACA >>> Bosch Labur RM4 Bilion Bangunkan Bahan Api Hidrogen untuk Kenderaan
BACA >>> Yamaha Dapat Projek Bangunkan Enjin 5.0L V8 untuk Toyota, Guna Hidrogen!
Kerjasama dengan Toyota yang juga pengeluar kereta terbesar dunia pula menandakan Kawasaki mengukuhkan komitmen dalam aspek tersebut.
Perjanjian dengan Toyota memberi banyak manfaat kepada Kawasaki, mempercepatkan tempoh pembangunan memandangkan rakan bisnes itu sudah lama meneroka inovasi tersebut sejak 30 tahun lalu.
Toyota juga pernah melancarkan model Mirai iaitu kereta sel bahan api hidrogen komersial pertama dunia dan mencatat jualan lebih 2,600 unit di seluruh dunia.
Kerjasama itu sudah dipersetujui sejak awal bulan ini apabila Presiden Toyota, Akio Toyoda memandu sebuah Kawasaki ATV hidrogen berasaskan motor di Motegi.
Malah Kawasaki sudah mengumumkan pelan untuk menamatkan penggunaan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) bermula tahun 2035.
Walaupun trenkuasa hidrogen lebih bersih berbanding hibrid dan elektrik tetapi teknologi itu ada kekangan kerana kosnya dikatakan sembilan kali ganda berbanding kos cas kenderaan elektrik (EV).
BACA >>> Yamaha, Kawasaki Jalin Kerjasama Bangunkan Trenkuasa Hidrogen
BACA >>> Toyota Tayang GR Yaris Guna Hidrogen!
BACA >>> #TMS2019: Toyota Mirai Concept (2020) - Kenderaan Elektrik Hidrogen yang Sifar Emisi
BACA >>> Tentang Kenderaan Enjin Pembakaran Dalam Hidrogen (HICEV) yang Perlu Anda Tahu
Leave a Reply