DUA model Honda terbaharu, BR-V (2022) dan HR-V (2022) menerima penarafan lima bintang dalam ujian perlanggaran dilakukan Program Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP).
HR-V mendapat skor keseluruhan 81.38 poin, manakala BR-V meraih 77.02 poin berdasarkan protokol penilaian Asean NCAP 2021-2025 yang terkini.
Dua model SUV itu dilengkapkan empat beg udara sebagai ciri standard untuk semua varian dengan majoriti pasaran turut menawarkan varian dengan enam beg udara.
HONDA HR-V
Berikut perincian skor 81.38 poin untuk HR-V (2022) baharu, dihasilkan di Thailand untuk pasaran Brunei:
- Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 35 poin
- Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 17.81 poin
- Bantuan Keselamatan (SA) - 18.57 poin
- Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 10 poin
Semua varian SUV subkompak ini memiliki teknologi seperti Kawalan Stabiliti Kenderaan (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Brek Kecemasan Autonomi (AEB) untuk pemanduan bandar, antara bandar, pejalan kaki dan penunggang motosikal.
HR-V baharu ini turut memiliki ciri keselamatan termaju seperti Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), Pengesan Kelibat Kanak-Kanak (CPD), Sistem Pengingat Tali Keledar (SBR) untuk penumpang depan dan belakang, dan Perlindungan Pejalan Kaki untuk semua varian ditawarkan.
Ciri keselamatan lain ditawarkan pada HR-V baharu ialah Amaran Perlanggaran Depam (FCW), Amaran Tukar Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), dan Visual Titik Buta (BSV) sebelah penumpang depan.
BACA >>> Honda HR-V Versi Eropah Bakal Berenjin 1.5L Turbo, Sama Seperti Civic
BACA >>> Perodua Alza (2022) Dapat Rating Lima Bintang Asean NCAP!
HONDA BR-V
Berikut pula perincian skor 77.02 poin yang dicatatkan BR-V (2022) spesifikasi Indonesia, seperti ditayangkan di Pameran Motor Filipina ke-8 baru-baru ini:
- Perlindungan Penunpang Dewasa (AOP) - 33.72 poin
- Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 17.46 poin
- Bantuan Keselamatan (SA) - 15.71 poin
- Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 10.13 poin
Semua varian BR-V (2022) dilengkapi ESC, ABS, SBR untuk penumnpang depan sebagai ciri standard. Ciri lain sebagai standard dan pilihan mengikut pasaran ialah AEB Bandar, Antara Bandar, Pejalan Kaki dan Motosikal, AHB, CPD, FCW, LDW, LKA dan BSV untuk penumpang depan.
Setiausaha Agung Asean NCAP dan Ketua Pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata;
Kami lega Honda menjasi antara pengeluar kenderaan yang konsisten memastikan model dihasilkan memiliki teknologi keselamatan pasif dan aktif.
"Bermula peningkatan tahap keselamatan untuk kenderaan penumpang, Honda juga mengambil inisiatif melengkapkan SUV jenama itu dengan teknologi mengelak rempuhan daripada penggunaan jalan raya terdedah seperti penunggang motosikal. Salah satu teknologi itu ialah Brek Kecemasan Autonomi (AEB) untuk motosikal yang mampu mengesan kehadiran motosikal dan mengelak berlaku perlanggaran.
"Kami juga melihat Honda melengkapkan teknologi sama dengan model Civic dan pelanggan hari ini yang meminati SUV sebagai kenderaan famili juga mendapat manfaat daripada teknologi penyelamat nyawa ini"
Dr Khairil Anwar berkata, sebagai tambahan kepada perlindungan penumpang daripada kecederaan akibat perlanggaran, Asean NCAP turut menitikberatkan aspek keselamatan khas untuk kanak-kanak dalam kenderaan.
Kami menerima kes kanak-kanak tertinggal secara tidak sengaja dalam kenderaan, yang juga sesuatu yang cuba kita elakkan. Justeru kami berbangga Honda kini memasang teknologi Pengesan Kehadiran Kanak-Kanak pada HR-V sebagai ciri standard, dan juga terdapat pada BR-V sebagai standard dan pilihan.
"Dengan teknologi khas ini, kita mampu mengelak insiden kanak-kanak tertinggal secara tidak sengaja dalam kenderaan, sekali gus mengelakkan kematian."
Sebagai makluman, protokol Asean NCAP 2021-2025 menetapkan empat faktor penilaian utama, iaitu AOP (skor keseluruhan makimum 40 poin), manakala COP, SA dan MS (20 poin setiap kategori). HR-V kali pertama dinilai Asean NCAP pada 2015, manakala BR-V, 2016.
BACA >>> Honda HR-V (2022) Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Mula RM114,800
BACA >>> Honda BR-V (2022) Serba Baharu, Canggih Lancar di Indonesia, Ada Honda SENSING
Leave a Reply