KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mengeluarkan kompaun ke atas sebuah bengkel bengkel baik pulih dan menjual alat ganti kenderaan di Kelantan kerana gagal mempamerkan tanda harga.
Tindakan itu diambil selepas mendapati premis tersebut tidak mempamerkan tanda harga alat ganti dan kos perkhidmatan yang dibekalkan mengikut peraturan bengkel dibawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.
BACA >>> Ibu Bapa Beli Helmet Kanak-Kanak Tanpa Cop SIRIM Membimbangkan
KPDNHEP Kelantan menerusi satu kenyataan berkata:
“Satu aduan pengguna yang tidak berpuas hati mengenai kos perkhidmatan pembaikan dan harga alat ganti membaiki kenderaan diadukan secara rasmi beserta bukti pembayaran.”
Susulan aduan itu, satu pasukan pegawai penguat kuasa menjalankan siasatan dan mendapati premis di Wakaf Che Yeh itu tidak mempamerkan tanda harga alat ganti dan kos perkhidmatan yang dibekalkan mengikut peraturan bengkel dibawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.
KPDNHEP mengingatkan pengguna supaya membuat aduan terus kepada pihak berkuasa untuk setiap permasalahan yang dihadapi beserta bukti pembelian (atau pembayaran).
Aduan serta dokumen bayaran atau pembelian lengkap memudahkan tindakan tegas diambil terhadap pihak berkaitan.
KPDNHEP menyatakan:
“Peniaga diingatkan tidak memanipulasi perniagaan serta mengambil kesempatan kepada pengguna. Amalkan perdagangan yang harmoni antara pengguna dan peniaga setiap masa.”
BACA >>> Kajian: Tayar Baharu UK Kini Wajib Ada Label Rating, Ramai Pengguna Tidak Tahu
BACA >>> Ekzos Aftermarket Bunyi Standard Pun Haram Pasang!
BACA >>> Aksesori Dalaman Kereta Paling Dicari Sebaik Saja Dapat Kunci
SUMBER: KPDNHEP Kelantan
Leave a Reply