BAHAGIAN suspensi mempunyai tugas penting menjaga keseimbangan kelajuan kenderaan. Ini kerana pengendalian dan keselesaan memandu bergantung kepada kondisi roda normal yang saling berhubung kait dengan komponen suspensi, stereng dan tayar.
Justeru apabila salah satu komponen bermasalah, maka bahagian lain turut akan terjejas. Bagi mengetahui berlaku kerosakan komponen suspensi, anda tidak semestinya mengharapkan mekanik di bengkel atau pusat servis semata-mata. Ini kerana semua masalah itu dapat berlaku bila-bila masa sebelum tiba tempoh servis.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu 'Tie Rod' dan Apakah Fungsinya?
BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
Berikut kami kongsikan tip mudah mengesan masalah sistem suspensi anda:
- Suspensi bermasalah, atau sudah uzur dapat dikesan ketika melewati bonggol jalan. Jika bermasalah, kereta anda akan berayun dua kali.
- Jika mahu periksa lebih jelas lagi, periksa kondisi fizikal absorber kereta. Perhatikan jika ada sebarangan lelehan minyak yang menunjukkan berlaku kebocoran.
- Absorber rosak juga dapat diperiksa menerusi posisi stereng berubah. Ini dapat diketahui jika stereng bergegar atau bergerak liar ke kiri, atau kanan ketika memandu.
- Boleh juga periksa kondisi permukaan tayar. Jika tahap kehausan nampak tidak sekata atau haus sebelah (luar atau dalam), itu tandanya komponen stereng dan suspensi kereta bermasalah. Mungkin cuma masalah penjajaran dan imbangan, atau lebih teruk absorber rosak.
- Masalah di atas juga boleh berlaku jika memandu dalam keadaan tayar terlebih atau tidak cukup tekanan angin kerana jarang diperiksa. Malah, dek sikap sambil lewa inilah menjadi punca kepada kerosakan lebih besar pada absorber, sendi bebola (ball joint) dan komponen suspensi lain.
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Suspensi Strut MacPherson yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Kereta Perlu Ada Sistem Suspensi?
Leave a Reply