MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini mengumumkan rekod jualan terkumpul 100,000 unit model trak pikap Mitsubishi Triton di pasaran tempatan.
Sejak berada di pasaran tempatan pada 2005, MMM meneruskan momentum menawarkan barisan produk berinovasi kepada pembeli dan salah satunya ialah Triton.
BACA >>> Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition (2022) Lancar, Hanya 1,000 unit, Harga Mula RM139k!
Triton menjadi trak pikap dipercayai ramai kerana menawarkan aspek pengendalian terbaik, prestasi, keselamatan dan faktor harga berbaloi untuk keperluan pelbagai lapisan pemandu.
Tahun lalu, Triton menguasai kek pasaran 22 peratus walaupun industri terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 selain berdepan saingan sengit dalam segmen sendiri. Triton mencatat jualan 9,268 unit sepanjang 2021, iaitu 34 peratus pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya.
Justeru sempena meraikan kejayaan itu, MMM menghadiahkan ganjaran unik kepada pembeli trak pikap ke-100,000, iaitu Muhammad Faerus dengan bekalan diesel 100,000km bernilai RM27,000!
Faerus, yang bekerja sebagai kontraktor pemasang panel solar, menerima hadiah tersebut di pengedar rasmi EON Auto Mart di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Shinya Ikeda berkata;
Sejak Triton diperkenalkan di Malaysia, sudah terbukti sebagai salah satu trak kegemaran Malaysia dengan gaya lasak, versatil dan pengendalian terbaik.
“Ia mampu mengharungi cabaran permukaan jalan raya tidak berturap dan digunakan sebagai kenderaan harian. Pelanggan Triton merangkumi pelbagai jenis golongan pelanggan iaitu pemilik bisnes, peminat off-road dan pemandu gaya hidup aktif. Triton juga menerima penambahbaikan teknologi dan fungsi sejak beberapa tahun lalu.”
BACA >>> Shinya Ikeda Kini CEO Baharu Mitsubishi Motors Malaysia, Berkuat Kuasa 11 Oktober
BACA >>> Mitsubishi Ralliart Kembali ke Arena Rali dengan Trak Pikap Triton!
BACA >>> Video Momen Abang Viva Dapat Triton Buat Ramai Bergenang Air Mata
Leave a Reply