• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha SR400 Limited Edition Black Gold Lancar di Thailand, Harga Mula RM38.2k!

Yamaha SR400 Limited Edition Black Gold Lancar di Thailand, Harga Mula RM38.2k!

September 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

THAILAND baru-baru ini menyaksikan kemunculan satu model istimewa iaitu Yamaha SR400 Limited Edition Black Gold yang ditawarkan pada harga 309,000 baht (RM38,255). 

Model itu adalah untuk memperingati ulang tahun ke-44 SR400. Sekadar makluman, skim warna yang diberi pada model terbaharu itu adalah sama seperti warna SR400 pertama keluaran 1978.

BACA >>> Tidak Lepas Euro5, Yamaha Lancar SR400 Final Edition (2021) Sempena Tamat Pengeluaran

Yamaha SR400 LE Black Gold - 12
Yamaha SR400 LE Black Gold - 13

SR400 dipacu trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 399cc SOHC 2-injap dengan sistem sejukan udara dan sistem suntikan bahan api, menawarkan kusa 22.9hp pada 6,500rpm dan tork 27.4Nm @ 3,000rpm.

Kotak gear digunakan jenis klac manual 5-kelajuan. Cumanya, anda perlu menggunakan penendang kaki untuk menghidupkan enjin kerana model itu tidak dilengkapi butang pemula trenkuasa.

Frem digunakan jenis keluli double cradle dengan padanan fork teleskopik dan set absober berkembar untuk imbangan belakang.

BACA >>> Yamaha Kemas Kini SR400 Sempena Ulang Tahun ke-40, Perkenal Edisi Khas

Yamaha SR400 LE Black Gold - 6
Yamaha SR400 LE Black Gold - 4

Sistem henti membabitkan brek cakera tunggal 298mm untuk roda depan dan brek dram untuk rim belakang. Rim jejari 18 inci dibalut tayar depan 90/100 dan belakang 110/90.

Dimensi motosikal itu ialah panjang 2,085mm, lebar 750mm dan tinggi 1,095mm. Jarak roda pula 1,410mm. Ketinggian pelana pula ialah 785mm. Motosikal seberat 174kg itu dilengkapi tangki minyak seluas 12 liter.

Hanya 400 unit akan ditawarkan di pasaran Thailand dan setiap pembelian akan disertakan kotak hadiah khas mengandungi pemetik api SR400 dan tempat simpanan kunci diperbuat material kulit.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah
BACA >>> #ApaNakBuat: Lelaki Ini Ajar Teknik Mudah Guna Tongkat Tengah untuk Tegakkan Motosikal
BACA >>> 10 Tip untuk Penunggang Wanita yang Baru Nak Pulas Terotel

Yamaha SR400 LE Black Gold - 20
Yamaha SR400 LE Black Gold - 14
Yamaha SR400 LE Black Gold - 13
Yamaha SR400 LE Black Gold - 16
Yamaha SR400 LE Black Gold - 17
Yamaha SR400 Limited Edition Black Gold
Yamaha SR400 LE Black Gold - 12
Yamaha SR400 LE Black Gold - 15
Yamaha SR400 LE Black Gold - 8
Yamaha SR400 LE Black Gold - 9
Yamaha SR400 LE Black Gold - 11
Yamaha SR400 LE Black Gold - 10
Yamaha SR400 LE Black Gold - 7
Yamaha SR400 LE Black Gold - 6
Yamaha SR400 LE Black Gold - 5
Yamaha SR400 LE Black Gold - 4
Yamaha SR400 LE Black Gold - 3
Yamaha SR400 LE Black Gold - 0
Yamaha SR400 LE Black Gold - 1
Yamaha SR400 LE Black Gold - 2

SUMBER: RideApart

Related

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, Yamaha SR400, Yamaha SR400 Limited Edition Black Gold, Yamaha Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev