• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Tidak Lepas Euro5, Yamaha Lancar SR400 Final Edition (2021) Sempena Tamat Pengeluaran

Tidak Lepas Euro5, Yamaha Lancar SR400 Final Edition (2021) Sempena Tamat Pengeluaran

January 25, 2021 By AI Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BANYAK pengeluar automotif terpaksa menghentikan beberapa produk kereta dan motosikal masing-masing berikutan kegagalan mematuhi regulasi Euro5 baharu yang semakin ketat.

Antara model ikonik Yamaha yang terkesan akibat syarat emisi itu ialah YZF-R6 apabila terpaksa dihentikan pengeluaran tahun lalu dan hanya versi trek dikeluarkan. Terbaharu, model klasik SR400, yang sudah cukup lama di pasaran Jepun sejak 1978, juga bakal menerima nasib sama seperti R6.

Penamatan model itu sudah kecoh kedengaran sejak kebelakangan ini berikutan syarat emisi yang semakin ketat kerana SR400 masih menggunakan enjin lama. Namun Yamaha masih cuba mematuhi syarat spesifikasi umum seperti menggantikan sistem karburetor dengan teknologi suntikan bahan api (FI), dan ekzos yang dipasangkan sistem penukar bermangkin (catalytic converter).

BACA >>> Regulasi Euro5 Punca Suzuki Burgman Henti Jualan di Eropah Hujung Tahun Ini

Yamaha SR400 (1978)

Namun, semua itu tidak cukup hingga Yamaha Japan memutuskan menghentikan model tersebut dengan mengumumkan edisi akhir untuk SR400, dinamaka SR400 Final Edition (2021).

Berikut fakta mengenai model tribut itu, yang didatangkan dalam dua varian, iaitu SR400 Final Edition Limited dan Standard:

  • Edisi akhir ini cuma dikeluarkan 1,000 unit dalam pilihan warna kelabu dan biru  untuk (Limited), dan coklat (Standard) berwarna coklat.
  • Dijana enjin silinder tunggal 399cc SOHC penyejukan udara berkuasa 22hp @ 6,500rpm dan tork 28Nm @ 3,000rpm.
  • Dibina berasaskan  frem separa double-cradle dengan tangki minyak bentuk air mata (teardrop).
  • Imej klasik diserlahkan dengan pelana kulit rata kulit, ekzos krom dan lampu depan bulat dan kluster instrumen analog.
  • Sistem henti menggunakan brek cakera di depan dan brek dram di belakang.
  • SR400 Final Edition dijual pada harga 605,000 yen (RM23,600) untuk varian Standard, dan 748,000 yen (RM29,180) untuk varian Limited, serta dijadualkan berada di pasaran Jepun pada 15 Mac ini.
  • Setiap model tampil dengan lencana 'Final Edition' dan nombor siri.

BACA >>>#BikinMotor: Honda GL400 (1981) Versi Cafe Racer, 100 Peratus Berubah Wajah
BACA >>>Peminat Suzuki Malaysia Naik Angin Motor Tak Muncul-Muncul, Pakat Serbu FB

YAMAHA SR400 FINAL EDITION LIMITED
Yamaha SR400 Final Edition Limited)2
Yamaha SR400 Final Edition Limited)3
Yamaha SR400 Final Edition Limited)4
Yamaha SR400 Final Edition Limited)5
Yamaha SR400 Final Edition Limited)6
Yamaha SR400 Final Edition Limited)8
Yamaha SR400 Final Edition Limited)7
Yamaha SR400 Final Edition Limited)1
YAMAHA SR400 FINAL EDITION STANDARD
Yamaha SR400 Final Edition_2
Yamaha SR400 Final Edition_3
Yamaha SR400 Final Edition_1
Yamaha SR400 Final Edition_4
Yamaha SR400 Final Edition_5
Yamaha SR400 Final Edition_6
Yamaha SR400 Final Edition_7
Yamaha SR400 Final Edition_8

Artikel Berkaitan

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: regulasi emisi, roadster, roda2, sportbike, Yamaha, Yamaha Japan, Yamaha SR400, Yamaha SR400 Final Edition (2021), Yamaha SR400 Final Edition Limited

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my