KTM akhirnya memperkenalkan model kereta X-Bow terbaharu iaitu GT-XR yang boleh digunakan untuk pemanduan harian di jalan raya awam.
X-Bow GT-XR dikatakan mirip jentera lumba GTX dan GT2 dan dihasilkan dalam kuantiti terhad iaitu 100 unit setahun. Harganya bermula serendah €284,900 (RM1.28 juta).
BACA >>> KTM X-Bow GTX - Kereta Lumba dengan Enjin Audi 2.5L
Pengeluar Austria itu menggunakan material keluli ketegaran tinggi untuk membentuk frem X-Bow GT-XR manakala monokok pula diperbuat dari gentian karbon. Berat kering kereta itu cuma 1,130kg.
KTM memilih enjin Audi 2.5 liter 5-silinder dengan pengecas turbo, menghasilkan 500hp pada 6,350rpm dan 581Nm tork pada 5,550rpm sebagai trenkuasa.
Sisrem transmisi digunakan jenis klac berkembar 7-kelajuan yang menghantar kuasa terus ke roda belakang menerusi khidmat LSD.
BACA >>> Bajaj, KTM Rancang Hasilkan Motosikal Elektrik Prestasi Tinggi
Jentera itu mampu mencapai kelajuan 100kmj dalam masa 3.4 saat dan mencatat kelajuan maksimum 280kmj.
Semasa projek pembangunan X-Bow GT-XR, KTM mendakwa ia bukan sahaja sesuai untuk pemanduan trek tetapi boleh digunakan sebagai kereta harian.
X-Bow GT-XR menggunakan tangki minyak sebesar 96 liter, menggunakan sistem bantuan stereng kuasa progresif dan ada pilihan sistem angkat hidraulik 3.5 inci.
BACA >>> 10 Fakta Menarik: Tentang KISKA - Firma Rekabentuk di Sebalik Kebangkitan KTM
KTM memberi fokus terhadap aspek tekanan ke bawah dengan pemasangan beberapa komponen seperti spoiler besar belakang, peresap bampar belakang dan splitter bawah bampar depan.
Sistem henti membabitkan rotor keluli ringan dan kaliper monoblok 8-piston. Sistem suspensi datang dari Sachs. Ada opsyen brek seramik jika pelanggan berminat. Begitu juga dengan pilihan rim dengan nat tunggal tengah.
Kabin X-Bow GT-XR dilengkapi roda stereng buatan gentian karbon jenis boleh tanggal. Instrumen meter digital dipasang pada stereng sama dengan pedal gear boleh laras.
Ruang dalaman juga dilengkapi kotak simpanan kecil dan ada penyaman udara. Pelanggan juga boleh memasang sistem kamera pandangan belakang.
BACA >>> Pemilik Kereta Sport Saman Jiran RM12.7k Sebab Biarkan Kucing Panjat Bumbung
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply