KATA peribahasa, air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Inilah menimpa seorang penunggang yang melambung dan tercampak jauh kerana menunggang laju dan memotong di garisan kembar.
Insiden dipercayai berlaku di ibu kota Kuala Lumpur dalam situasi lalu lintas trafik sesak dan kenderaan lain sedang berbaris panjang. Mangsa, yang juga pekerja penghantar makanan GrabFood, dilihat memecut laju dari arah belakang kereta perakam untuk memotong kenderaan lain di depannya.
BACA >>> 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
Namun, tiba di pertengahan jalan, muncul sebuah kereta yang mahu keluar simpang dan mangsa gagal mengelak, lalu menghentam depan kenderaan berkenaan. Impak perlanggaran menyebabkan mangsa tercampak jauh sebelum mendarat jatuh dan diam tidak bergerak.
Tidak diketahui tahap kecederaan menimpa mangsa.
Sukalah kami mengingatkan penunggang dan pemandu sekalian. Garisan kembar bukanlah seni hiasan jalan yang saja-saja dicat atas jalan. Sesebuah jalan 'dilukiskan' garisan kembar adalah kerana laluan memotong sempit atau satu lorong, simpang jalan atau lampu isyarat di depan, dan selekoh tajam.
Jadi sila peka dan berhati-hati setiap kali ternampak garisan kembar sekeliling anda!
BACA >>> Kajian: Mencelah, Guna Laluan Laju Punca Utama Kemalangan Motosikal Bawah 250cc
BACA >>> MIROS: Bina Banyak Laluan Khas Motosikal Mampu Kurangkan Kemalangan
Leave a Reply