• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota GR86 (2022) Masuk Australia Bulan Ini dengan Teknologi Bantuan Pemandu

Toyota GR86 (2022) Masuk Australia Bulan Ini dengan Teknologi Bantuan Pemandu

September 7, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI dilaporkan dalam artikel GR86 10th Anniversary Edition lalu, Toyota belum melancarkan generasi baharu atau GR86 di Australia. Model sport coupé itu hanya dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) pada Jun 2021, dan banyak lagi negara belum menerimanya, termasuk Malaysia.

Memasuki September dan seperti dijanjikan, Toyota bakal melancarkan GR86 di Australia yang terlebih dahulu berkongsi beberapa maklumat awal.

BACA >>> TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!
BACA >>> Toyota GR86 (2022) Mula Jual di Jepun Hari Ini, Harga Mula RM102k sahaja!

Australia ialah pasaran penting buat Toyota yang sudah bertahun mendominasi jualan kenderaan di sana. Ada dua varian GR86 versi Australia, iaitu GT dan GTS dalam pilihan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik 6-kelajuan.

Berikut spesifikasi GR86 GT versi Australia:

  • Dibezakan dengan rim aloi 17 inci, lampu LED boleh laras automatik dan pencuci lampu.
  • Ruang kabin dilengkapi kerusi depan fabrik, stereng, tombol gear dan brek parkir kulit, kawalan suhu dwi-zon, penghidupan tanpa kunci (keyless) dan tingkap kuasa.
  • Set multimedia terdiri daripada unit infotainmen 8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto serta enam pembesar suara.
  • Dari segi keselamatan, varian transmisi automatik menerima ciri keselamatan seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Brek Sokongan Parkir (PKSB) dan Amaran Tukar Lorong (LDW).
  • Kedua-dua varian automatik dan manual dilengkapi 7-beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Daki (HSA), kawalan jelajah dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).

GR86 GTS pula lebih dilengkapi:

  • Lampu lepan adaptif berdasarkan input stereng, Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Monitor Titik Buta (BSM).
  • Ruang kabin lebih mewah dengan kerusi Ultrasuede dan kulit bersera ciri pemanas, pedal dan pedal kaki aluminium.
  • Ada sil pintu premium dan lampu pada visor matahari.

Dengan segala ciri elektronik dan komponen kemasan, perasaan penulis bercampur-baur kerana  ini ialah sebuah model sport. Namun penulis sedar, inilah keperluan semasa yang mana tambahan teknologi bantuan pemanduan dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan.

Dari segi mekanikal, GR86 dijana enjin boxer 2.4L berkuasa 233hp @ 7,000rpm dan tork 250Nm @ 3,700rpm. Sistem pacuan jenis roda belakang (RWD), manakala gandar dilengkapi Diferensial Gelincir Terhad (LSD) Torsen. Harga dan spesifikasi lengkap akan diumumkan menjelang hari pelancaran nanti.

BACA >>> 5 Ciri Toyota GR Corolla (2022) yang Lebih Berkuasa daripada GR Yaris!
BACA >>> Toyota GR86 10th Anniversary Edition (2023), Model Edisi Khas untuk Australia!

Related

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kereta Sport, Roda4, Toyota Australia, Toyota GR86, Toyota GR86 2022, Toyota GR86 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my