• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Petugas JKM Maut Tercampak, Empat Cedera, Wira Terbabas Masuk Laut

Petugas JKM Maut Tercampak, Empat Cedera, Wira Terbabas Masuk Laut

August 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG penumpang terkorban apabila kereta jenis Proton Wira yang dinaiki bersama empat individu lain terlibat kemalangan dan terbabas ke dalam laut di Kuala Perlis, Perlis.

Insiden berlaku sekitar jam 11 malam di KM10 Jalan Persisiran Pantai Kuala Perlis-Kuala Sanglang, Simpang Empat, malam semalam.

BACA >>> Ringkasan Kapal Selam Tentera Laut Indonesia yang Hilang Bersama 53 Krew
BACA >>> Bas Rapid 'Makan Jalan' Punca Kenari Terbalik, Motosikal Terbabas?

Kemalangan Proton Wira Masuk laut Perlis - 0
Kemalangan Proton Wira Masuk laut Perlis - 1

Kereta mangsa dipercayai hilang kawalan, terbabas ke kiri jalan dan merempuh benteng pemecah ombak sebelum terjunam ke dalam laut. Kereta itu dilaporkan dalam perjalanan dari Jitra, Kedah ke Kuala Perlis.

Mangsa terkorban dikenal pasti sebagai Ahmad Baihaqi Mahamad Shafie, 25, iaitu kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Jitra, Kedah.

BACA >>> Pemilik EV, Kenderaan OKU Tidak Perlu Bayar Cukai Jalan Hingga 2025

Menurut polis, mangsa berada di kerusi penumpang depan dan tercampak keluar akibat impak perlanggaran dengan benteng batu pemecah ombak.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk dibedah siasat. Empat mangsa lain cedera dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

SUMBER: HMetro

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ahmad Baihaqi Mahamad Shafie, Auto Terkini, kemalangan maut, KM10 Jalan Persisiran Pantai Kuala Perlis-Kuala Sanglang, Proton Wira, Yusharifuddin Mohd. Yusop

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev