• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Fazer FZ15 ABS (2023) Lancar di Brazil, Harga RM14k!

Yamaha Fazer FZ15 ABS (2023) Lancar di Brazil, Harga RM14k!

August 26, 2022 By Shawkath 1 Comment

682
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Brazil mengumumkan ketibaan satu lagi produk naked bike baharu, Fazer FZ15 (2023) ABS yang bakal memasuki pasaran negara itu awal bulan depan.

Motosikal itu ditawarkan dalam tiga warna pilihan: Racing Blue (biru), Magma Red (merah) dan Midnight Black (hitam), manakala harga disyorkan R$16,990 (RM14,870).

BACA >>> HLYM Perkenalkan Dua Warna Baharu Yamaha XMAX, Harga Naik Jadi RM22.3k!

Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 8
Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 1
Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 2

Fazer FZ15 ABS dikatakan ada persamaan dengan FZ-Fi 150 yang dijual di India dengan rekabentuk badan maskular mirip FZ25, tetapi lebih selesa ditunggang. Trenkuasa dijana enjin 150cc, sama seperti Factor 150 dan Fazer 150 di Brazil.

Berikut perincian naked bike itu:

  • Lampu utama LED jenis projektor, sama seperti MT-15 dan MT-25. Bezanya, lampu siang (DRL) lebih lebar, manakalavisor angin lebih lebar dan tinggi.
  • Trenkuasa 4-lejang 2-injap silinder tunggal 149cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI). Output tork 12.7Nm @ 6,000rpm, manakala kuasa seperti berikut:
    • 12.2hp @ 7,500rpm - jika guna bahan api petrol
    • 12.4hp @ 7,500rpm - etanol
  • Kotak gear manual 5-kelajuan dengan klac basah multiplat.
  • Sistem suspensi fork teleskopik (depan) dan monoshock (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 282mm depan dan 220mm (belakang) dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal.
  • Rim aloi 17 inci dengan set tayar Pirelli Diablo Rosso II 100/80 (depan) dan 140/60 (belakang).
  • Jarak lega bumi 170mm, berat kering 135kg, kapasiti tangki minyak 11.9 liter.
  • Setiap pembelian diberikan waranti tiga tahun.

Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 10
Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 3
Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 6
Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 7
Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 5
Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 12
Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 2
Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 1
Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 8
Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 0
Yamaha Fazer FZ15 (2023) - 9

Related

682
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, roda2, Yamaha Brazil, Yamaha Fazer FZ15 (2023) versi ABS, Yamaha Fazer FZ15 ABS (2023), Yamaha Motor Brazil

Comments

  1. Ben says

    August 30, 2022 at 11:56 AM

    Baru tahu di Brazil ada pilihan bahanapi etanol selain petrol. Berapa la agaknya harga seliter

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev