SUDAH ada jenama kereta mewah, hebat dan pelanggan hartawan, apa salahnya menceburi bidang hartahanah pula. Ini dilakukan Bentley Motors dengan menawarkan Bentley Residences di Miami, Amerika Syarikat (AS).
Menariknya, semua pembeli disediakan garaj untuk memuatkan empat kereta dan tempat pengecasan EV. Lebih mengujakan, akses ke garaj adalah menggunakan lif Dezervator yang dinamakan sempena Dezer Development, iaitu rakan pembangunan projek tersebut.
BACA >>> Tidak Terkesan Pandemik, Bentley Catat Jualan Tertinggi dalam Sejarah 102 Tahun!
BACA >>> Porsche 911 Sally Special yang Cuma Seunit Sahaja di Dunia Ini Dijual RM16.2 Juta!
Lif itu juga boleh membawa kereta dan penumpang dari bawah dan terus naik ke pangsapuri. Supaya lebih jelas, pemaju menyediakan lawatan secara maya untuk pelanggan merasai pengelaman tersebut sebelum pangsapuri itu disiapkan.
Berikut butiran mengenai Bentley Residences:
- Bentley Motors dan Dezer Development mengumumkan kerjasama pada 2021 bagi membangunkan kediaman berjenama Bentley yang pertama.
- Mempunyai 61 tingkat dan menawarkan pemandangan laut Miami.
- Ada empat lif Dezervator dan pemandu berada dalam kereta untuk dibawa ke atas.
- Setiap kediaman disediakan garaj yang boleh memuatkan tiga hingga empat kereta dalam pangsapuri, termasuk kemudahan mengecas.
- Menggunakan pelekat RFID sebagai tanda pengenalan kereta dan diimbas automatik apabila sampai ke bangunan pangsapuri.
- Sistem lampu canggih akan memberikan panduan kepada pemandu ke lif Dezervator yang betul untuk ke aras kediaman masing-masing.
- Pemandu tidak perlu keluar dari kereta atau menekan sebarang butang.
- Sistem lawatan maya dibuat menggunakan Unreal Engine, iaitu platform permainan dan grafik tiga dimensi (3D).
- Pelanggan boleh merasai pengalaman maya sama ada secara berjalan atau berkereta.
- Pelawat juga boleh meletakkan kenderaan di bahagian bawah bangunan.
Harga Bentley Residences bermula AS$4.2 juta (RM18.8 juta) dan dijangka siap pada 2026. Malah, pemilik boleh mengisi ruang kediaman dengan perabot Bentley dan semestinya kereta Bentley.
Dezer Development pula sebelum ini terlibat dalam projek Porsche Design Tower dan Residences by Armani/Casa. Projek sebegini dilihat berpotensi di negara kita. Misalnya di Pulau Langkawi, Kedah, kini menjadi lokasi banyak kereta mewah disimpan.
Kediaman itu boleh dijadikan rumah percutian dan lokasi simpanan kereta mewah. Tambahan pula sesetengah kereta mewah sudah menjadi objek pelaburan dengan harga semakin mahal.
BACA >>> #RetroAuto: Kisah di Sebalik T-Series, Model Bentley Pertama dengan Casis Monokok
BACA >>> Bentley Home Newent Collection - Harga Perabot Jenama Mewah Ini Lebih RM50k!
Leave a Reply