• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Freed (CBU) Versi Dipertingkat Masuk Singapura, Harga Mula RM499k!

Honda Freed (CBU) Versi Dipertingkat Masuk Singapura, Harga Mula RM499k!

August 25, 2022 By Shawkath Leave a Comment

665
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Freed generasi kedua yang menerima pembaharuan kali kedua membuat kemunculan di Singapura dalam dua varian pilihan, baru-baru ini.

Freed S7 ditawarkan pada harga serendah S$154,999 (RM499,150), manakala Freed E7 lebih mahal, iaitu S$156,999 (RM505,600) yang kedua-dua varian dibawa masuk Kah Motors dan tempahan dibuka sejak 17 Ogos lalu. Model itu adalah versi import (CBU) dari Jepun.

BACA >>> #TMS2019: Honda Freed (2020) Facelift Kini dengan Honda Sensing dan Opsyen AWD
BACA >>> Toyota Sienta (2023) Generasi Baharu Lancar di Jepun, Harga Mula RM64k!

Freed generasi kedua dilancarkan pada 2016 dengan menerima pembaharuan kali pertama pada 2019.Varian tertinggi mempunyai beberapa kelebihan seperti lampu utama LED dengan lampu belok aktif dan pintu belakang gelangsar boleh dibuka menggunakan kuasa elektrik. Freed E7 juga dilengkapi tirai privasi manual.

Varian asas S7 pula hanya menawarkan pintu belakang gelangsar elektrik sebelah kanan sahaja, manakala lampu jenis halogen. Kedua-dua varian menggunakan rim dwi-tona 15 inci dan lampu belakang LED.

Trenkuasa jenis 4-silinder sebaris 1.5L DOHC i-VTEC dengan sistem penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api yang menawarkan kuasa 129hp @ 6,600rpm dan tork 155Nm @ 4,600rpm.

Sistem transmisi jenis automatik CVT, manakala sistem brek jenis cakera di depan, dan dram di belakang. Freed ini masih menggunakan brek parkir kaki.

BACA >>> Honda N-Van Compo - MPV Mini JDM Edisi Khas untuk Kaki Piknik
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Teknologi A.S.A Perodua yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Proton Exora (2023) Facelift Lancar! Logo Baharu, Kemas Kini Minimal, Harga Mula RM62k!
BACA >>> Fakta atau Auta: Setkan Suhu Penyaman Udara Paling Sejuk Punca Kuat Makan Minyak?

SUMBER: Liputan6

Related

665
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Freed E7, Freed S7, Honda Freed (2022) Facelift, Kah Motors, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini
    WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev