• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Misteri Kemalangan Maut Puteri Diana, Mendiang Sudah Tahu Lebih Awal?

Misteri Kemalangan Maut Puteri Diana, Mendiang Sudah Tahu Lebih Awal?

August 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADAKAH Puteri Diana tahu mengenai nahas kereta dua tahun sebelum insiden itu berlaku?

Satu siasatan terbaharu mendedahkan Princess of Wales pada 1995 pernah memberitahu peguamnya, Victor Mischon bahawa ada percubaan ‘menghapuskannya’ menjelang setahun akan datang, dengan memetik kemalangan membabitkan kenderaan sebagai salah satu caranya.

BACA >>> Gaduh Tarik Kereta di Georgetown, 4 Individu Didenda RM3k
BACA >>> Bukan Mabuk, Tapi Pitam Punca Preve Rempuh Kedai Perabot Sampai Pekerja Maut

Perkara itu didedahkan dalam siri dokumenteri terbaharu The Diana Investigations yang disiar menerusi saluran Discovery+, lapor portal Daily Beast yang memetik New York Post.

Berdasarkan laporan, mendiang Diana pernah mendakwa ada ‘sumber dipercayai’ memberikan maklumat itu kepadanya tetapi beliau tidak mendedahkan identiti sebenar pihak terlibat. Ini berdasarkan maklumat yang didokumentasi dalam surat ditulis Mischon.

Dipanggil Mischon Note, perbualan mengenai nota itu mengandungi maklumat menggerunkan tentang kemungkinan punca nahas yang berlaku pada 31 Ogos 1997.

BACA >>> Peugeot Django 125 Eversion ABS+ (2022) Kini di Jepun, 50 Unit Sahaja, Harga RM14.4k!

Seperti dilaporkan, Diana menaiki kereta dipandu Henri Paul, dan terlibat dalam kemalangan pada malam kejadian di terowong Pont de l'Alma di Paris, Perancis. Kemalangan itu menyebabkan Princess of Wales, berusia 36 tahun ketika itu maut. Turut terkorban ialah Paul dan rakan Diana, Dodi Al-Fayed.

Siasatan mendapati kandungan darah Paul mengandung preskripsi ubat dan alkohol. Pemandu itu dikatakan memandu Mercedes-Benz pada kelajuan 105kmj untuk menjauhi kumpulan paparazi sebelum merempuh tiang di lokasi kemalangan.

VICTOR MISCHON

Selepas nahas, Mischon menyerahkan nota itu kepada Sir Paul Condon yang juga Pesuruhjaya Polis Metropolitan (pada masa itu), tetapi siasatan rasmi kematian puteri itu cuma bermula 6 Januari 2004.

Pesuruhjaya Polis Metropolitan, John Stevens melancarkan satu siasatan dipanggil Operation Paget dan menemui butiran rekod mengejutkan dalam simpanan Condon.

Stevens menemu bual Mischon sebelum peguam itu meninggal dunia pada 2005, mengesahkan Mischon ‘tidak percaya sepenuhnya’ terhadap kebimbangan Diana. Malah, dia merasakan bekas isteri Putera Charles itu sebagai paranoid.

BACA >>> #ApaNakBuat: 8 Tip Mudah Elak Kemalangan ketika Memandu
BACA >>> Mabuk Punya Pasal, Pemandu HR-V Langgar Kereta, Pelanggan Sedang Makan
BACA >>> Kajian: Benarkah Operasi Butang Fizikal Lebih Mudah daripada Skrin Sentuh Infotainment?

SUMBER: Liputan6

Related

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Dodi Al-Fayed, Henri Paul, John Stevens, Mischon Note, Pont de l'Alma, Princess of Wales, Sir Paul Condon, The Diana Investigations, Victor Mischon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev