• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Benarkah Operasi Butang Fizikal Lebih Mudah daripada Skrin Sentuh Infotainment?

Kajian: Benarkah Operasi Butang Fizikal Lebih Mudah daripada Skrin Sentuh Infotainment?

August 22, 2022 By Shawkath 1 Comment

482
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI pengkritik hari ini suka berdebat mengenai butang atau tombol kawalan fizikal jauh lebih baik berbanding skrin sentuh. Bagaimanapun tiada bukti kukuh yang menyokong hujah tersebut.

Terbaharu, portal majalah Vi Bilagare di Sweden menjalankan kajian untuk menilai dakwaan berkenaan.

BACA >>> What Car? Senaraikan 20 Kereta dengan Sistem Infotainment Terbaik
BACA >>> Papan Pemuka Renault Clio (2019) Didedahkan, Tampil Skrin Vertikal 9.3 Inci Ala Tesla

Ujian Skrin Sesentuh vs Butang - 4
Ujian Skrin Sesentuh vs Butang - 3

Kajian dibuat melibatkan 11 model kenderaan moden yang dilengkapi unit infotainmen skrin sentuh dan dibandingkan dengan model lama Volvo V70 (2005). Dalam kajian itu, pemandu setiap kenderaan ujian diminta melakukan beberapa tugasan kecil seperti:

  • Aktifkan pemanas kerusi.
  • Naikkan suhu kabin 2ºC.
  • Hidupkan fungsi nyah fros.
  • Hidupkan radio dan memilih saluran tertentu.
  • Set semula (reset) trip meter.
  • Turunkan kejelasan lampu latar kluster instrumen kepada tahap paling rendah.

Semua ujian tersebut agak munasabah kerana boleh dilakukan sambil memandu.

BACA >>> Perodua Alza AV (2022) Kini Ada Akses Apple CarPlay!

APAKAH HASIL KAJIAN?

Berikut dapatan kajian diperoleh:

  • Pemandu V70 mampu melakukan semua ujian itu dalam masa 10 saat. Ketika memandu dalam halaju 110kmj, pemandu V70 boleh melengkapkan semua ujian dalam jarak 300m.
  • Hanya dua pemandu kereta model dapat melakukan perkara sama dengan catatan masa lebih sedikit daripada 10 saat.
  • Pemandu kereta MG Marvel R paling teruk. Responder mengambil masa 44.9 saat untuk melengkapkan semua ujian sama. Sepanjang masa itu, kereta mereka sudah dipandu sejauh 1.3km.
Ujian Skrin Sesentuh vs Butang - 0
Ujian Skrin Sesentuh vs Butang - 1
  • Seperti dinyatakan dalam kajian, rata-rata pemandu lebih menumpukan dan menghabiskan banyak masa melihat situasi di depan ketika memandu berbanding mengendali menu kawalan.
  • Bagaimanapun, bukan semua skrin sentuh kereta moden dikategorikan sebagai bermasalah.
  • Misalnya, masa dicatatkan Volvo C40 dan Dacia Sandero sama seperti V70 dengan setiap pemandu merekodkan masa 13.7 saat dan 13.5 saat bagi melakukan tugas sama.
  • Butang fizikal didapati lebih mudah dikendali berbanding skrin sentuh.
  • Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, BMW iX yang menggabungkan butang fizikal dan skrin sentuh adalah salah satu model yang dikategorikan sebagai paling sukar. Pemandu iX mengambil masa 30.4 saat untuk melengkapkan semua tugasan diberi.
  • Fakta perlu diketahui, semua pemandu diberikan masa dan peluang membiasakan diri dengan operasi sistem infotainmen sebelum ujian dimulakan.
  • Secara purata, pemandu dengan skrin sentuh mengambil purata masa 24.7 saat untuk melaksanakan semua tugasan diberikan.
  • Masa dicatatkan adalah hampir 2.5 kali lebih lama berbanding kereta tanpa sistem skrin sentuh.

Apa pula pendapat anda?

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Mod Eco Berfungsi? Apakah Kesan Terhadap Kenderaan?
BACA >>> 11 Orang Ini Patut Beli Kereta Terpakai Saja! Jangan Nak 'Eksyen' Lebih Naa...
BACA >>> #ApaNakBuat: Ingat, Pandu Jauh Jangan Lebih 8 Jam Tanpa Rehat!

Ujian Skrin Sesentuh vs Butang - 7
Ujian Skrin Sesentuh vs Butang - 6
Ujian Skrin Sesentuh vs Butang - 3
Ujian Skrin Sesentuh vs Butang - 4
Ujian Skrin Sesentuh vs Butang - 2
Ujian Skrin Sesentuh vs Butang - 1
Ujian Skrin Sesentuh vs Butang - 0

SUMBER: Vi Bilagare

Related

482
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autotainmen, Isu Keselamatan Jalan Raya, Kajian Skrin Sesentuh vs Butang Fizikal, Masalah Skrin Sesentuh Infotainmen, Roda4, Skrin infotainmen

Comments

  1. Farhan says

    August 23, 2022 at 10:39 AM

    Ini sangat benarrrrr. ape ke jadah nya lah smua controls and switches nk buat dlm touchscreen. menyusahkan org je. bahaya jugak sbb driver kena tengok instead of just rasa dgn hujung jari. say no to touchscreens in cars!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev