BERITA kepada mereka yang berminat membeli Nissan Almera Turbo yang mana setiap unit baharu kini layak mendapat set Tomei Aero Package bernilai RM8,000 secara percuma selagi stok masih ada.
Pakej tersebut dibangunkan khas tuner ternama, Tomei of Japan yang berkolaborasi dengan Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Pakej itu juga tersedia untuk semua varian Almera Turbo, iaitu VLT, VLP dan VL yang memberikan penampilan lebih sporty.
BACA >>> Perbandingan: Nissan Almera Turbo (2020) vs Almera Lama
Berikut perbezaan Almera Turbo dengan Tomei Aero Package mengikut varian:
- Almera Turbo VLT (RM95,888) mendapat lima item aerokit terdiri daripada spoiler bampar depa, spoiler bampar belakang (dua item) dan skirt sisi. Semua item didatangkan dengan kemasa dwi-tona untuk sentuhan sporty.
- Dengan Tomei Aero Package, varian VLT mendapat ekstra pedal sport dengan perehat kaki yang bukan saja nampak sporty, tetapi juga memberikan cengkaman lebih baik pada kasut. Item lain dalam pakej itu ialah pelindung hendal pintu (4 unit), plat sil pintu dan visor pintu, serta filem gelap ICE Cool.
- Almera Turbo VL (RM83,888) dan VLP (RM89,888) turut mendapat set lima unit aerokit dengan skema warna dwi-tona, dan tiga item seperti spoiler pintu but, filem gelap ICE Cool, dan pedal sport dengan perehat kaki.
Semua item berkenaan dihasilkan mengikut spesifikasi kilang yang sama kualiti dengan aksesori standard. Malah turut diberikan waranti jika berlaku kecacatan pembuatan bagi tempoh 3 tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu).
Dalam masa terhad, ETCM juga menawarkan item Tomei GT Wing kepada pembeli awal dengan diskaun 50 peratus, iaitu RM700 sahaja.
Harga jualan adalah untuk Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans dan untuk pendaftaran persendirian sahaja. Setiap pembelian layak mendapat waranti 5 tahun tanpa had perbatuan.
Berikut fakta menarik mengenai Almera Turbo:
- Dilengkapi teknologi keselamatan dan bantuan pemandu termaju Nissan Intelligent Mobility untuk mengelak perlanggaran seperti Amaran Perlanggaran Depan Pintar (IFCW), dan Brek Kecemasan Depan Pintar (IFEB).
- Menawarkan penjimatan bahan api terbaik. Salah seorang pemilik pernah melaporkan kepada ETCM berjaya mendapat bacaan 49.5km per liter.
- Ciri termaju lain diberikan ialah Monitor Paparan Keliling (IAVM) dengan Pengesan Objek Gerak Pintar (IMOD) yang memudahkan pemandu memantau situasi sekeliling kenderaan.
- Ruang kabin menyediakan kerusi Zero Gravity yang dibangunkan untuk mengurangkan keletihan ketika memandu berasaskan kajian agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA) bagi mendapatkan postur neutral dan ideal untuk keselesaan.
Almera Turbo boleh dilihat dan dipandu uji di semua bilik pameran Nissan seluruh negara, ataupun layari bilik pameran digital di pautan https://nissan.com.my/onlineshowroom/.
Jika pembelian dibuat menerusi platform e-dagang seperti Lazada Nissan Flagship store, tempahan dapat dibuat dengan bayaran serendah RM250, dan pembeli akan segera dihubungi wakil jualan bagi melengkapkan proses pembelian.
Maklumat lanjut boleh layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Nissan Customer Care Centre di talian 1800-88-3838.
BACA >>> Thailand Perkenal Nissan Almera Sportech (2021) yang Lebih Sporty, Harga Mula RM83k!
BACA >>> Nissan Almera Turbo Umum Harga di Malaysia, Bermula RM79.9k hingga RM91.3k!
Leave a Reply