PROTON hari ini memeterai perjanjian jualan dan servis jenama kenderaan elektrik (EV) premium smart Automobile Company (smart) untuk pasaran Malaysia dan Thailand.
Perjanjian Pengedaran Am itu ditandatangani Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) smart Automobiles, Tong Xiangbei.
BACA >>> Smart #1 - SUV Elektrik Pertama Kerjasama Mercedes-Geely, Bakal Diedarkan Proton?
BACA >>> Proton Bakal Jual Kenderaan EV jenama smart di Malaysia, Thailand
Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam ucapan berkata, ada tiga model akan diperkenalkan dalam tempoh lima tahun akan datang. Model pertama smart dijangka mula dijual seawal suku keempat 2023.
Malaysia juga bakal menjadi pasaran pertama menerima kemasukan model smart EV dengan pemanduan sebelah kanan (RHD).
Ini juga detik pertama penerokaan Proton dalam segmen EV, selain memiliki rancangan membuat pelaburan untuk rangkaian kemudahan stesen cas EV menerusi kerjasama bersama penyedia pengecasan tempatan dan pemasangan terminal di rumah pemilik.
Tanpa mendedahkan entiti penyedia pengecasan itu, Proton hanya menyatakan perbincangan sudah dibuat membabitkan tujuh hingga lapan pihak.
Pada Januari lalu, Proton mengumumkan Proton Edar dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) jenama smart untuk pasaran Malaysia dan Thailand.
BUKAN LAGI MILIK MERCEDES
Jenama Smart kini bukan lagi milik Mercedes-Benz, tetapi bertukar kepada usahasama Geely Group, manakala Proton Edar akan berperanan sebagai rangkaian jualan, termasuk menyediakan servis dan perkhidmatan selepas jualan untuk jenama itu.
Syed Faisal turut menyatakan hasrat supaya Kerajaan menimbangkan idea melanjutkan tempoh pengecualian eksais model import (CBU) yang dijadualkan tamat pada 2023.
Roslan turut mengesahkan model smart kelak akan dijual dengan jenama smart dan bukan dijenamakan semula sebagai Proton.
Di Thailand, kemasukan smart dijangka pertengahan 2024 dan berharap pelanggan di sana kekal sabar."
Menyentuh soal rangkaian smart, Roslan berkata, Proton masih melakukan kajian mengenai ragam dan kehendak pelanggan dalam aspek baik pulih dan servis.
Proton juga mungkin mengetengahkan konsep pengecasan mudah alih sebagai pelengkap dalam mengatasi kebimbangan pelanggan mengenai aspek fasiliti stesen cas di Malaysia yang masih rendah.
BACA >>> Proton Lancar Exora Baharu Jumaat Ini, Ada Solusi Masalah OCH?
SOAL HARGA
Agak mustahil menawarkan EV premium seperti smart pada harga bawah RM100,000, atau golongan muda kebanyakan. Justeru Proton menumpukan golongan muda 'berdompet tebal' sebagai sasaran yang lebih spesifik.
Sasaran jualan smart adalah sekitar 800 unit hingga 1,000 unit setahun di Malaysia, dan Proton ada misi mencapai sasaran jualan hingga 10,000 unit hingga 2027.
Mengenai rancangan pemasangan tempatan (CKD), Roslan menjelaskan masih agak awal diperkatakan kerana bergantung kepada jumlah jualan dan pelaburan yang perlu dibuat. Model smart #1 dijangka berada di Malaysia seawal Mei 2023 sebelum tempahan dibuka.
BACA >>> Geely, Mercedes-Benz Setuju Bangunkan Kenderaan Elektrik Smart di China
BACA >>> Geely-Daimler Jalin Kerjasama 50:50, Rancang Bangunkan EV Jenama Smart
Leave a Reply