• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bengang Parkir 'Tak Sekolah', Individu Ini Lukis Cara Betul Letak Kereta

Bengang Parkir 'Tak Sekolah', Individu Ini Lukis Cara Betul Letak Kereta

August 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

451
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAMPIR setiap pemandu pernah mengalami situasi terpaksa memandu sekeliling kawasan parkir untuk mencari petak kosong sebelum terjumpa sebuah kereta diparkir dengan mengambil ruang dua lot kosong.

Ada banyak kes tular menunjukkan individu meninggalkan nota meluahkan rasa marah disebabkan sikap parkir 'tak sekolah' itu. Tetapi cara lelaki ini nyata unik dan lucu kerana bertindak melukis cara sebenar hendak memarkir kereta.

BACA >>> Tenang Habis!!! Wanita Tumbangkan Palang Parkir Siap Tangkap Gambar
BACA >>> Menteri India Cadang Ganjaran Duit Jika Lapor, Hantar Foto Pemandu Salah Parkir

Lukisan itu dikongsi Reddit daripada @MrReallyBadGamer yang mendakwa nota itu ditemui atas sebuah kereta di sebatang jalan.

Lakaran menunjukkan dua imej, iaitu barisan kereta yang diparkir dalam kotak parkir sebagai cara betul, manakala satu lagi adalah imej sebenar kereta suspek yang salah parkir dengan diberikan rating 2/10. Lukisan tersebut siap ditulis nota:

2/10 untuk usaha. Perlu tingkatkan usaha.”

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada juga mengkritik lukisan tersebut kerana imej ditunjukkan tidak menyediakan ruang secukupnya untuk pemandu lain keluar dengan selamat.

Maksud aku, kalau kamu cerewet sangat, kamu dah tunjukkan susunan kereta di atas secara teknikal juga tidak diparkir betul. Ini kerana anda patut parkir lebih rapat ke garisan sebelah kiri.

“(Jika) semua orang buat macam ini, semua orang ada ruang cukup untuk keluar. Masalah berlaku sebab tak ada sesiapa buat benda ni. Kita semua terpaksa berhimpit dan menyelit di ruang sempit antara kereta semasa mahu keluar (atau masuk).”

Ada juga netizen lain mempertahan cara pemilik kereta yang memarkir atas garisan antara dua lot parkir dengan mengatakan mahu melindungi cat keretanya.

Mereka sengaja parkir macam tu supaya orang lain tak buka pintu masing-masing dan rosakkan cat kereta.”

BACA >>> Pemandu Persona Bikin Geram, Parkir Sebelah Pam Minyak, Tapi Keluar Beli McD
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Elak Kereta Panas Berbahang Apabila Parkir di Luar
BACA >>> RS-X Tinggal Rangka Dikerjakan, Parkir Motor di Kuarters Kerajaan Pun Sudah Tak Selamat
BACA >>> Parkir Lebih Setahun, Caj Cecah Lebih RM14k, Polis Buru Pemilik HR-V

SUMBER: NYPost

Related

451
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cara Parkir Betul, Cara Parkir Kereta, Parkir Tak Sekolah, Roda4, Sikap Pemandu Parkir Kenderaan, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my