• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Giliran Filipina Dapat Nissan Kicks e-POWER dalam Versi LHD, Harga Mula RM96.4k!

Giliran Filipina Dapat Nissan Kicks e-POWER dalam Versi LHD, Harga Mula RM96.4k!

August 18, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

94
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FILIPINA ialah negara terbaru Asean yang menerima kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Kicks e-POWER selepas Thailand, Indonesia dan Singapura.

Kicks e-POWER bukan baharu di rantau ini kerana sudah diperkenalkan di tiga negara disebut beberapa tahun lalu. Perbezaan ketara, model Filipina didatangkan dalam pemanduan sebelah kiri (LHD).

Seperkara menarik, Nissan Filipina mendedahkan foto rasmi Kicks dengan latar belakang menara Exchange 101 dan Menara Berkembar Petronas KLCC di Kuala Lumpur. Cuba perhatikan foto utama di atas, sama atau tidak?

BACA >>> 11 Fakta Pantas: Nissan Kicks e-POWER Lancar di Thailand, Harga Mula RM120k
BACA >>> Nissan Kicks (2021) Masuk AS dengan Enjin NA, Bukan e-Power Seperti Thai, Indonesia

Sama seperti Jepun dan Thailand, Kicks dilancarkan di Filipina menggunakan trenkuasa e-POWER generasi kedua yang lebih cekap dan berkuasa. Berikut perincian SUV itu:

  • Ditawarkan dalam tiga varian: VL, VE dan E dengan output kuasa 134hp dan tork 280Nm, atau peningkatan daripada 127hp dan 260Nm sebelum ini.
  • Membekalkan kuasa kepada bateri dan motor elektrik ialah enjin 3-silinder 1.2L yang berdasarkan ujian kecekapan bahan api UNR101, SUV ini boleh dipandu 22km per liter hingga 25km per liter mengikut kondisi pemanduan dan trafik.
  • Dengan kapasiti tangki minyak 41 liter, Kicks e-POWER secara am boleh dipandu 900-1,000km untuk sekali isian petrol penuh.

  • Satu lagi keistimewaan adalah ciri e-Pedal Step yang biasanya dilengkapi pada kenderaan elektrik (EV). Ciri itu membolehkan pemandu menggunakan satu pedal untuk menambah atau mengurangkan kelajuan tanpa perlu mengalihkan kaki kepada pedal brek.
  • Sama seperti kenderaan konvensional, pemandu masih boleh menggunakan pedal brek untuk berhenti.
  • Semua varian Kicks dilengkapi Bantuan Mula Daki (HSA), manakala varian VL dan VE ada tambahan Amaran Pintar Pelanggaran Depan Pintar (iFCW), Brek Kecemasan Pintar (iAEB), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan Peringatan Perhatian Pemandu (DAA).

  • Kicks VL lebih lengkap dengan Paparan Pandangan Keliling Pintar (iAVM) dan Pengesan Objek Gerak (MOS).
  • Ada enam piluhan warna: Premium Corona Orange, Cayenne Red, Pearl White, Gun Metallic, Riptide Blue, dan Brilliant Silver.
  • Ruang kabin dilengkapi unit infotainment skrin sentuh TFT 7 inci dengan paparan multi-info seperti meter kuasa kadar bateri dan minyak, serta jarak pemanduan.
  • Kerusi jenis Zero Gravity untuk keselesaan penumpang selain stereng bentuk-D bergaya.
  • Tiada brek tangan dan pemandu diberikan suis Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan fungsi Brek Auto Pegun (AHB).


Berikut senarai harga Kicks e-POWER versi Filipina:

  • e-POWER EL - 1,209,000 peso (RM96,370)
  • e-POWER VE - 1,309,000 peso (RM104,340)
  • e-POWER VL - 1,509,000 peso(RM120,290)

Setiap pembelian diberikan waranti lima tahun atau 150,000km membabitkan kenderaan, sistem e-POWER dan bateri.

BACA >>> Keicar Elektrik Nissan Sakura (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.5k
BACA >>> Nissan LEAF Autech (2022), EV Sporty Mewah pada Harga Mula RM135k

Nissan Kicks e-POWER Filipina 2022.01
nissan-kicks-e-power-filipina-2022-4
nissan-kicks-e-power-filipina-2022-5
nissan-kicks-e-power-filipina-2022-2
nissan-kicks-e-power-filipina-2022-1
Nissan Kicks e-POWER Filipina 2022.02
Nissan Kicks e-POWER Filipina 2022.03
Nissan Kicks e-POWER Filipina 2022.04
Nissan Kicks e-POWER Filipina 2022.05
nissan-kicks-e-power-filipina-2022-3
nissan-kicks-e-power-filipina-2022-6

Related

94
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: e-POWER, enjin suv proton, Nissan, Nissan Kicks, Nissan Kicks e-POWER, Nissan Kicks e-POWER 2022, Nissan Kicks e-POWER Filipina, Roda4, SUV Hibrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev