WAKIL pengedar rasmi kenderaan Subaru di Indonesia, Plaza Auto Mega secara rasmi melancarkan dua model baharu di Indonesia di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2022.
Salah satu model itu ialah kereta sport generasi kedua Subaru BRZ (2022) dalam dua pilihan transmisi, manual yang berharga Rp852 juta (RM258,110) dan automatik, Rp850 juta (RM257,500).
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota 86 dan Subaru BRZ Tiada Pengecas Turbo?
BACA >>> Tidak Mahu Sama Lagi dengan Subaru BRZ, Debut Toyota 86 Tangguh
Ketua Pegawai Operasi (COO) Subaru Indonesia, Arie Christopher berkata, sambutan pelanggan terhadap model tersebut di Indonesia adalah mengejutkan.
Memang BRZ dapat sambutan hangat dan secara jujur, ia menjangkau ramalan kami.”
Bagaimanapun, jumlah unit BRZ yang ditawarkan untuk pasaran Indonesia adalah terhad, lebih-lebih lagi model transmisi manual.
Model generasi kedua Subaru dipacu trenkuasa aspirasi natural (NA) 2.4L Boxer berkuasa 234hp @ 7,000rpm dan tork 250Nm. Berbanding model terdahulu, model baharu itu menyaksikan peningkatan kuasa 15 peratus selain terotel lebih responsif dengan hantaran tork lebih menyeluruh.
Konfigurasi enjin memberikan respons lebih baik di selekoh, terutama di litar lumba selain disokong jarak roda 2,575mm dan agihan berat hampir sempurna. Pakej itu menjadi BRZ (2022) itu lebih lincah dan mudah dikendalikan.
BRZ (2022) hadir dengan transmisi manual 6-kelajuan nisbah rapat dan automatik 6-kelajuan dengan kawalan adaptif berserta pedal syif.
Ciri keselamatan terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sistem Brek Pra-Perlanggaran (PCBS), Amaran Keluar Lorong dan Oleng (LDW), Amaran Kenderaan Depan Gerak dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).
Konfigurasi kerusi BRZ (2022) ialah 2+2 dengan kerusi belakang boleh direbahkan untuk meningkatkan ruang but.
BACA >>> Toyota Hentikan Pengeluaran, Jualan Vios di Indonesia?
BACA >>> Daihatsu Indonesia Bangunkan Axia Elektrik
BACA >>> Motosikal Elektrik Indonesia, Baran Anubis CruiserCross Buka Pratempahan Tempatan
BACA >>> Thailand Lancar Toyota Vios (2023) Serba Baharu, 4 Varian, Harga Mula RM67k!
SUMBER: Kompas
Leave a Reply