PADA ketika pengeluar automobil lain membawa dan mampamerkan kenderaan elektrik (EV) di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2022, Daihatsu pula mencari kelainan.
Pengeluar automotif dari Jepun itu menampilkan model Ayla (Malaysia: Perodua Axia) versi EVyang asalnya dijana enjin pembakaran dalaman (ICE), tetapi diubah suai kepada EV penuh.
Proses konversi kereta bandar mampu milik itu sebenarnya masih di peringkat konsep dan Daihatsu masih melakukan kajian. Pengarah Pemasaran, Perancangan Korporat dan Komunikasi Astra Daihatsu Motor (ADM), Sri Agung Handayani berkata, pihaknya masih menjalankan projek pembangunan Ayla EV sejak akhir 2020.
Kami melakukan perincian pembangunan dan konversi pada 2021. Bagi aspek rekabentuk pula, kami bermula pada 2022.”
Beliau menjelaskan, Ayla EV cuma model konsep dan penyelidikan masih diteruskan hingga kini.
BACA >>> Daihatsu Ayla 1.0 D Manual, Kereta Paling Murah di Indonesia, Ansuran Bulanan RM770!
Daihatsu akan melengkapkan proses kajian terlebih dahulu untuk memenuhi tiga perkara utama kenderaan iaitu kualiti, peralihan kepada pelanggan dan keselamatan.
Beliau berkata;
Sebaik semua kajian selesai dan kami yakin (kereta ini) boleh digunakan pelanggan, kami akan membuat pengumuman secepat mungkin.
“Kami kini menumpukan kepada melengkapkan proses kajian. Jadi amat penting untuk tidak melancarkan kereta itu secara terburu-buru, tetapi harus melengkapkan perkara utama yang jauh lebih penting berbanding aktiviti pengeluaran.”
BACA >>> Inilah Cerita Peminat Tegar Proton di Bumi Turki
KENAPA AYLA?
Sri Agung mendakwa Ayla EV adalah hasil ciptaan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Daihatsu Indonesia. Beliau menjelaskan;
Kami menggunakan model yang sudah lama tersedia ada di pasaran. Ini penting untuk kami mengetahu, dan melakukan kajian sendiri.
“Pasukan R&D kami sudah mengkaji produk itu dengan mendalam dan mengambil tempoh agak panjang. Jadi, kami beri fokus kepada kenderaan yang sudah kami tahu.”
Ini ada kaitan dengan pemahaman aspek teknologi, infrastruktur dan proses pengeluaran sekali gus membantu pasukan penyelidikan mendalami kerja-kerja konversi EV.
Ayla mula dihasilkan Daihatsu pada 2013 dan jumlah pengeluarannya sudah mencecah 253,000 unit.
BACA >>> #Videotomotif: Inilah 5 Sebab Perodua Axia Sesuai untuk Pemandu Wanita
PERINCIAN AYLA EV
- Gaya luaran masih menyerlahkan rekabentuk Ayla standard.
- Warna badan dwi-tona dengan bumbung hitam, dan badan perak kusam.
- Ada aksen kuning dengan strip di beberapa bahagian badan.
- Perubahan ketara ialah gril depan yang ditutup sepenuhnya.
- Bentuk lampu utama tidak berubah cuma digelapkan.
- Cermin sisi digantikan kamera, dan ada dua skrin kecil atas papan pemuka.
- Lampu belakang menerima pembaharuan dan nampak lebih tirus.
- Bampar belakang turut diubah.
- Ruang kabin terhidang satu skrin infotainmen skrin sentuh, dan tombol gear rotari R, N dan D.
- Masih menggunakan brek tangan.
Leave a Reply