• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Malaysia Perkenal Dua Warna Baharu CR-V (2022)

Honda Malaysia Perkenal Dua Warna Baharu CR-V (2022)

August 12, 2022 By Shawkath Leave a Comment

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia mengumumkan tawaran dua pilihan warna baharu untuk model CR-V (2022), iaitu Ignite Red Metallic (merah) dan Meteoroid Gray Metallic (kelabu gelap).

Warna Ignite Red Metallic akan menggantikan skema warna sedia ada, Passion Red Pearl, manakala Meteoroid Gray Metallic adalah pengganti kepada Modern Steel Metallic.

Honda CR-V 2022 - 1
Honda CR-V 2022 - 0

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;

Warna Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic mendapat sambutan baik di pasaran sejak kami tawarkan untuk model City, City Hatchback, Civic, BR-V dan HR-V serba baharu, manakala Accord juga ditawarkan skema Meteoroid Gray Metallic.

“Dua warna itu adalah pilihan popular dengan Ignite Red Metallic membabitkan 18 peratus jualan untuk setiap lima model berkenaan (City, City Hatchback, Civic, BR-V dan HR-V).

“Warna Meteoroid Gray Metallic pula menyumbang purata 24 peratus jualan untuk setiap enam model (City, City Hatchback, Civic, BR-V, HR-V dan Accord).

“CR-V ialah model terkini menerima dua warna berkenaan dan melengkapkan tawaran skema warna Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic untuk barisan produk Honda.”

BACA >>> 5 Ciri Honda CR-V (2023) Serba Baharu dengan Pilihan Enjin Turbo, Hibrid

Sejak dilancarkan pada 2017, CR-V generasi kelima mencatatkan jualan lebih 63,000 unit. Model versi dipertingkat diperkenalkan pada November 2020 dengan menyumbang jualan lebih 27,000 unit setakat ini. CR-V menyumbang 12 peratus daripada jumlah jualan Honda Malaysia antara Januari dan Julai 2022.

CR-V dijana enjin 1.5L VTEC Turbo yang menawarkan kuasa 190hp dan tork 243Nm serta dilengkapi pakej keselamatan Honda SENSING. Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu menawarkan kapasiti but 522 liter dan boleh diperluas kepada 1,084 liter dengan merebahkan barisan tempat duduk belakang.

Ada empat varian CR-V ditawarkan, iaitu 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD, 1.5L TC-P 4WD dan Black Edition.

BACA >>> Honda CR-V Generasi Keenam Mirip Rekabentuk HR-V?
BACA >>> Honda Amerika Kongsi Gambar CR-V (2023)! Bakal Lancar Tahun Ini!
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Trak Pikap Lebih Bahaya daripada SUV, Van Mini?
BACA >>> Honda Dedah Lakaran SUV Elektrik Prologue (2024), Kerjasama dengan GM

Related

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Hironobu Yoshimura, Honda CR-V 2022, Honda Malaysia, Ignite Red Metallic, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Meteoroid Gray Metallic, Roda4, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev