APA lagi yang lebih sensasi pada awal tahun ini selain daripada berita pengenalan Ford Mustang 2018. Ramai yang memuji dan tidak kurang pula yang mengkritik. Apapun, harus diakui bahawa kemunculan Ford Mustang 2018 sebagai salah satu ikon automobil sentiasa dinanti-nantikan.
Antara elemen yang ditambahbaik ialah kluster instrumen digital, absorber elektronik, teknologi mengelak perlanggaran, dan semestinya ekstra kuasa! Di bawah ini kami senaraikan 4 fakta menarik tentang Ford Mustang 2018. Apa yang menarik sangat?
1. LOHONG UDARA DAN AERODINAMIK
Perhatikan betul-betul lampu depan Ford Mustang 2018, anda pasti akan terperasan lohong ambilan udara kecil di celahan bawah lampu tersebut. Tetapi, lohong itu cuma ilusi dan tiada apa-apa fungsi signifikan. Sementara itu, celahan vertikal di penjuru bampar bukanlah dibuat untuk menyejukkan brek, sebaliknya untuk mewujudkan tirai udara sekitar roda depan bagi meningkatkan tahap aerodinamik.
2. TRANSMISI 10-KELAJUAN, TOMBOL GEAR MASIH 6?
Salah satu daripada ciri signatur baharu Ford Mustang 2018 ialah transmisi automatik 10-kelajuan! Tetapi tombol gear 6-kelajuan ialah standard. Macam pelik, tetapi itu bukan bermakna terlebih transmisi. Malah, Ford Mustang 2018 dilengkapkan dengan klac cakera kembar baharu dan roda tenaga (flywheel) dua-jisim untuk menjadikan ia lebih kuat dan menambah baik fiil pedal klac.
Penggearan baharu dengan gear pertama lebih pendek, manakala dua ciri paculebih (overdrive) berfungsi untuk meningkatkan pecutan dan ekonomi bahan api. Kini, gear keempat adalah untuk pemanduan terus, jadi jika mengabaikan gear 5/6, anda boleh saja menganggap diri sedang memandu model konvensional.
3. CERMIN PANDANG BELAKANG TIDAK LANGSING?
Cermin pandang belakang dalam kereta prototaip cuma sandaran, bukan sebenar. Ford Mustang 2018 versi pengeluaran akan memuatkan rekabentuk tanpa frem dan langsing yang sama seperti dilihat pada Chevrolet Camaro. Tahap pandangan dan kejelasan Mustang 2018 dikatakan agak terbatas, tetapi kalau sudah mampu memecut sepantas 250kmj, siapa pula yang akan peduli tentang isu remeh itu?
4. PUNAT PONY UNTUK LEBIH BUAS
Dalam sekian banyak punat pada roda stereng Ford Mustang 2018, satu daripadanya ditandakan dengan logo Mustang. Apakah ada rahsia tertentu? Ya, punat itu berfungsi sebagai jalan pintas kepada ciri prestasi yang ada pada cluster instrumen seperti aplikasi trek - Track Apps, kawalan luncur, dan fungsi kunci tayar untuk memudahkan pemandu melakukan aksi memutarkan tayar yang dikenali dengan terma burnout.
REKABENTUK FORD MUSTANG 2018 BAHARU VS LAMA
SUMBER: Fox News
Leave a Reply