• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Thailand Lancar Toyota Vios 2023 Serba Baharu dalam Empat Varian, Harga Mula RM67k!

Thailand Lancar Toyota Vios 2023 Serba Baharu dalam Empat Varian, Harga Mula RM67k!

August 9, 2022 By Shawkath 1 Comment

676
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Thailand memperkenalkan model generasi keempat Vios 2023 (Thailand: Yaris Ativ) yang dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA).

Ada empat varian diperkenalkan dalam tujuh pilihan warna dengan perincian seperti berikut:

BACA >>> Vios Dibawa Banjir Deras, Dua Beranak Nyaris Maut
BACA >>> Toyota Laris Sepanjang 2021! Vios, Hilux Kekal Model Paling Popular

VARIAN

Empat varian Vios 2023 serba baharu itu dijana trenkuasa sama, jenis 1.2L dengan harga berikut:

Premium Luxury
Premium
Smart
Sport
  • 1.2 Sport - 539,000 baht (RM67,710)
  • 1.2 Smart - 584,000 baht (RM73,370)
  • 1.2 Premium - 659,000 baht (RM82,790)
  • 1.2 Premium Luxury - 689,000 baht (RM86,550)

Waranti tiga tahun, atau jarak perbatuan 100,000km (mana satu tiba dulu)

WARNA

Ada tujuh pilihan warna ditawarkan:

  • Orange Spicy Scarlet (jingga) - warna baharu
  • Grey Urban Metal ((kelabu) - warna baharu
  • Silver Metal Stream Metallic (perak)
  • Black Attitude Black Mica (hitam)
  • Red Mica Metallic (merah)
  • Super White (putih) - untuk Sport dan Smart
  • Platinum White Pearl (mutiara putih) - untuk Premium dan Premium Luxury

PLATFORM DNGA

  • Platform DNGA yang digunakan adalah sama seperti model Perodua Ativa dan Perodua Alza, termasuk Daihatsu Rocky, Xenia, Toyota Raize, Avanza dan Veloz.

BACA >>> Siapa Sesuai Beli Perodua Alza (2022), Aruz dan Ativa?
BACA >>> Perodua Ativa (2021) Tidak Guna Tayar SUV, Ini Sebabnya

DIMENSI

  • Memiliki dimensi panjang 4,425mm, lebar 1,740mm, dan tinggi 1,480mm, manakala jarak roda 2,620mm dan jarak lega bumi 160mm. Pusingan radius pula 4.8 meter.
  • Dibandingkan model lama (Malaysia: Vios 1.5G), dimensi panjang ialah 4,420mm, lebar 1,730mm dan tinggi 1,475mm tinggi, manakala jarak lega bumi 133mm, dan jarak roda 2,550mm. Pusingan radius pula 5.1 meter.
  • Sevara ringkas, dimensi keseluruhan bertambah 5mm panjang, 10mm lebar dan 5mm tinggi. Perubahan ketara adalah jarak roda bertambah 70mm dan ruang radius turun 0.3 meter.

TRENKUASA

  • Hanya satu trenkuasa ditawarkan, jenis petrol 4-silinder 16-injap aspirasi natural (NA) 1.2L Dual VVT-i DOHC berkuasa, 94hp @ 6,000rpm dan tork 110Nm @ 4,400rpm. Enjin baharu ini disahkan patuh piawaian Euro5.
  • Dipadankan sistem transmisi Super CVT-i dengan program Sequential Shift.
  • Ada tiga mod pemanduan (Normal, Sport dan Eco).
  • Kadar penjimatan bahan api 23.3km seliter dengan kapasiti tangki minyak dikurangkan kepada 40 liter (Vios lama: 42 liter)

REKABENTUK

  • Wajah generasi keempat Vios memiliki persamaan seperti Camry. Lencana Toyota diapungkan pada tengah gril tipis (atas), manakala gril bawah bersaiz lebih besar.
  • Ada rekaan mirip ruang ventilator pada sebelah kiri dan kanan bampar depan.
  • Bahagian sisi terdapat garis badan yang menyerlahkan gaya lebih solid dengan gerbang roda lebih berbentuk.
  • Ruang belakang lebih kemas dengan tambahan strip melintang sepanjang but belakang. Ada juga rekaan ventilator pada bampar belakang dengan difuser udara dan lampu reflektor.

RUANG KABIN

  • Dua pilihan rona kabin iaitu merah dan hitam ditawarkan, bergantung kepada varian.
  • Konsol depan dibalut material kulit sintetik jenis lembut bersulam jahitan benang merah, ada kemasan jalur perak.
  • Latar pencahayaan kabin 64 pilihan warna dan boleh diubah menggunakan tombol disediakan.
  • Ventilator penyaman udara mendapat kemasan krom, termasuk penumpang belakang.
  • Unit infotainmen 9 inci skrin sentuh dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
  • Penyaman udara jenis automatik dengan tombol kawalan premium.
  • Ada soket 12V, empat port USB dan disediakan penapis kabin PM2.5.
  • Paparan kluster instrumen digital TFT 7 inci.
  • Juga ada ciri butang tekan-mula (push start) dan ada Brek Pegun Automatik (AHB).

PAKEJ AKSESORI

Ada tiga pakej aksesori ditawarkan:

  • CHIARO: Menekankan hiasan krom, harga 8,000 baht (RM1,010)
  • LUSSO: Menyerlahkan gaya menawan, harga 17,000 baht (RM2,140)
  • PRESTO: Hiasan sporty, 20,000 baht (RM2,510)

BACA >>> #Perbandingan: SUV vs Sedan, Mana Satu Lebih Sesuai untuk Keluarga Anda?
BACA >>> #TahukahAnda: SUV Lebih Berbahaya Berbanding Sedan, Kereta Kecil?

SUMBER: Toyota Thailand

Related

676
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA), Roda4, sedan segmen-B, Toyota Vios 2022, Toyota Vios Generasi ke-4, Toyota Yaris Ativ, Toyota Yaris Ativ 1.2 Smart, Yaris Ativ 1.2 Premium, Yaris Ativ 1.2 Premium Luxury, Yaris Ativ 1.2 Sport

Comments

  1. Alex Yong Meng How says

    August 14, 2022 at 8:17 AM

    Terbaik Vios 2023

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my