ADA beberapa cerita mendakwa pemandu di China lebih rela melanggar pejalan kaki atau pengguna jalan raya di sana hingga mati walaupun mangsa cuma cedera.
Bukan di Malaysia saja, malah cerita itu turut ditularkan netizen dunia sebagai 100 peratus benar. Ini kerana tindakan melanggar seseorang hingga mati lebih menjimatkan wang dalam jangka masa lama. Tambahan lagi memang wujud istilah kemalangan berganda untuk insiden terlanggar banyak kali (double hit).
BACA >>> Kereta Elektrik NIO ET5 Jatuh Bangunan di China, Dua Pemandu Uji Terbunuh
Insiden 'double hit' pernah jadi fenomena di Taiwan pada awal 1990-an, termasuk pernah dirakamkan beberapa kali. Malah, jika kita buat carian Internet, turut ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kamera sekuriti mendedahkan insiden seperti itu.
Antara kes berlaku pada 2008 menunjukkan pemandu Volkswagen Passat di China, Zhao Xiao Cheng secara tidak sengaja terlanggar wanita warga emas berusia 64 tahun. Sebaik saja menyedari kemalangan itu, suspek bertindak menggilis warga emas itu hingga maut.
Klip video itu menyebabkan Xiao Cheng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh dengan niat. Lebih mengejutkan, suspek dibebaskan daripada tuduhan membunuh!
BACA >>> Syarikat e-Hailing Terbesar China Tutup Operasi Kongsi Kereta Susulan Kes Bunuh, Rogol
KENAPA JADI BEGITU?
Ini kerana dalam kes tersebut, peguam Xiao Cheng mendakwa suspek menyangka dia menggilis beg sampah, dan alasan itu sudah cukup membolehkan dia dipenjara tiga tahun atas kesalahan cuai. Bagaimanapun, dia cuma menjalani hukuman selama dua tahun.
Kes langgar dan bunuh ini bukan benda aneh di China kerana ada undang-undang mengenai pampasan ke atas mangsa.
Maksudnya, jika seseorang pemandu itu terlanggar dan menyebabkan kematian seorang pejalan kaki, pesalah perlu bayar sekali bayaran AS$30,000 hingga AS$50,000 (RM133,800 hingga RM223,000) kepada keluarga mangsa. Jika pampasan dibuat, maka kes dianggap selesai.
Namun, lain pula cerita jika terlanggar dan mangsa masih bernyawa. Di China, undang-undang akan memastikan pesalah menanggung kos penjagaan dan kecacatan mangsa selama seumur hidupnya, yang mana kos keseluruhan boleh mencecah jutaan dolar.
Artikel daripada portal Slate memberikan contoh seorang lelaki status kelainan upaya (OKU) mengumpul pampasan sejak 23 tahun lalu berjumlah AS$400,000 (RM1.78 juta). Malah kanak-kanak juga tidak terlepas daripada jadi mangsa 'langgar dan bunuh'.
Berdasarkan situasi disebuat di atas, kita sudah tentu dapat mengetahui alasan sebahagian rakyat di China tidak ragu-ragu ‘melanggar mati’ mangsa kemalangan.
Inilah sebab yang mendorong kepada pepatah China, 'Lebih baik langgar dan bunuh, daripada langgar dan cedera'.
Jadi anda sekarang mungkin mahu menimbang semula hasrat berjalan kaki dan bersiar-siar di China. Jika mahu, eloklah dapatkan khidmat pemandu di sana.
BACA >>> Penumpang Batuk Kena Halau Pemandu e-Hailing Selepas Tahu dari Wuhan
BACA >>> Kajian: Kereta e-Hailing Lebih Kotor daripada Mangkuk Tandas
BACA >>> Undang-Undang Jalan Raya Pelik Seluruh Dunia, dan Malaysia Turut Tersenarai...
SUMBER: TheReevesLawGroup
Leave a Reply