FRANCESCO Bagnaia berjaya menghalang Maverick Vinales daripada memenangi GP British di Liter Silverstone dengan Jack Miller meletakkan dua pelumba pasukan pengilang Ducati di podium.
Vinales gagal menggunakan peranti ketinggian belakang pada awal perlumbaan dan bergelut menumpaskan pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo sebelum kembali mendapatkan rentak pada pertengahan saingan dengan mencapar kelompok enam pelumba teratas.
BACA >>> Akur Bayar Denda kepada Dorna, Suzuki Sah Keluar MotoGP, EWC!
BACA >>> Sah! Jack Miller Tanda Tangan Kontrak MotoGP 2 Tahun dengan KTM
Kemenangan podium kedua itu adalah kejayaan pertama Vinales bersama pasukan baharunya, Aprilia Racing selepas berhijrah daripada Yamaha.
Dengan penalti Long Lap diberikan kepada juara bertahan Quaratararo dan kecederaan rakan pasukan Vinales, Aleix Espargaro, takhta kejuaraan kini masih terbuka.
Quartararao berada di kedudukan kedua sebelum dikenakan penalti dan gagal melakukan impak selepas itu serta sekadar menamatkan saingan di tempat ke-8, manakala pelumba satelit Ducati, Johann Zarco kecundang di lap ke-5 (foto atas) ketika sedang mendahului pelumba lain seawal perlumbaan.
Tempat Zarco kemudian diambil alih Alex Rins dengan cuba disaingan Miller dan Bagnaia hinggalah pelumba Suzuki Ecstar itu gagal membrek dengan baik, sekali gus tergelinciri ke kedudukan ke-7 ketika perlumbaan berbaki sembilan pusingan.
Rakan pasukan Zarco, Enea Bastianini berjaya mengejar ke kedudukan keempat di belakang Miller, meninggalkan Jorge Martin (Pramac Ducati) di twmpat kelima, Miguel Oliviera (Red Bull KTM), keenam, dan Rins, ketujuh. Turut gagal menamatkan saingan ialah Joan Mir (Suzuki Ecstar).
Quartararo dan Espargaro masing-masing menamatkan aksi di Britain di tempat kelapan dan kesembilan, manakala melengkapkan carta 10 pelumba terpantas.
BACA >>> Toprak Seronok Layan Yamaha YZR-M1, Akui Bukan Senang Bawa Jentera MotoGP
BACA >>> SUV Bagnaia Terbabas Masuk Longkang di Sepanyol, Rupanya Mabuk Rai Menang MotoGP
KEPUTUSAN MOTOGP BRITISH 2022
- 1 Francesco Bagnaia ITA Ducati Lenovo (GP22) 40m 10.26s
- 2 Maverick Viñales SPA Aprilia Racing (RS-GP) +0.426s
- 3 Jack Miller AUS Ducati Lenovo (GP22) +0.614s
- 4 Enea Bastianini ITA Gresini Ducati (GP21) +1.651s
- 5 Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP22) +1.750s
- 6 Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) +2.727s
- 7 Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +3.021s
- 8 Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +3.819s
- 9 Aleix Espargaro SPA Aprilia Racing (RS-GP) +3.958s
- 10 Marco Bezzecchi ITA Mooney VR46 Ducati (GP21)* +6.646s
- 11 Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +7.730s
- 12 Luca Marini ITA Mooney VR46 Ducati (GP22) +13.439s
- 13 Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +13.706s
- 14 Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +13.906s
- 15 Franco Morbidelli ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +16.359s
- 16 Andrea Dovizioso ITA WithU Yamaha RNF (YZR-M1) +20.805s
- 17 Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +21.099s
- 18 Remy Gardner AUS KTM Tech3 (RC16)* +24.579s
- 19 Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +28.773s
- 20 Darryn Binder RSA WithU Yamaha RNF (YZR-M1)* +33.653s
- 21 Raul Fernandez SPA KTM Tech3 (RC16)* +35.601s
- 22 Fabio Di Giannantonio ITA Gresini Ducati (GP21)* +36.460s
- Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
- Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP22) DNF
SUMBER: Crash.net
Leave a Reply