• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Boleh Tunggang, Miliki Motor Jika Bukan Ahli Kelab Motosikal Diiktiraf ‘JPJ Filipina’

Tak Boleh Tunggang, Miliki Motor Jika Bukan Ahli Kelab Motosikal Diiktiraf ‘JPJ Filipina’

August 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NIKMAT keseronokan dan kebebasan pemilik dan penunggang motosikal di Filipina mungkin berubah jika anggota Dewan Perwakilan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Tunggangan Selamat Motosikal.

Ini kerana akta itu menetapkan syarat semua pemilik dan penunggang motosikal wajib menjadi anggota mana-mana kelab motosikal yang diiktiraf Pejabat Pengangkutan Darat (PLO) Filipina.

BACA >>> Filipina Mansuh Syarat Wajib Pakai Jaket Reflektif
BACA >>> Denda RM125, 3 Hari Kerja Komuniti Jika Tak Pakai Ves Pemantul Cahaya di Filipina

Selain itu, pemilik motosikal juga perlu menyerahkan (salinan) sijil keahlian kelab motosikal diiktiraf kepada ‘JPJ Filipina’ sebagai prasyarat untuk pendaftaran motosikal, kelulusan lesen memandu baharu atau memperbaharui lesen memandu.

Perkara itu terkandung dalam Seksyen 3 RUU akta berkenaan. Seksyen 5 pula menyatakan kelab motosikal diiktiraf perlu melatih ahli-ahli mereka tentang keselamatan motosikal dan jalan raya.

Seksyen 5 menetapkan syarat kelab penunggang motosikal yang bertauliah atau diiktiraf harus menjalankan latihan mandatori keselamatan motosikal dan tingkah laku jalan raya untuk semua ahli masing-masing menerusi kerjasama pusat memandu keselamatan motosikal dan pusat latihan bertauliah.

Latihan itu juga menjadi prasyarat memperbaharui lesen memandu dan pendaftaran motosikal pemilik.

TIDAK BOLEH TUNGGANG, MILIKI MOTOSIKAL

Seksyen 8 RUU itu turut menyatakan seseorang individu tidak boleh menunggang atau memiliki motosikal jika bukan ahli kelab motosikal diiktiraf PLO, dan tidak mempunyai sijil keselamatan motosikal dan tingkah laku jalan raya.

HUKUMAN

Jika diluluskan dan berkuat kuasa, seseorang individu boleh dikenakan denda 10,000 peso (RM810) hingga 100,000 peso (RM8,070) dan penjara hingga dua tahun jika gagal mematuhi akta tersebut. Perincian penuh RUU itu boleh dirujuk di sini.

BACA >>> Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
BACA >>> Filipina Sediakan Stesen Baiki Motosikal, Basikal Percuma di Lebuh Raya
BACA >>> Akta Doble Plaka: Mahkamah Dengar Bantahan Penunggang Motosikal Filipina
BACA >>> Filipina Perkenal Mesin Buat Nombor Plat Kedua, Khas untuk Motosikal

SUMBER: MotoPinas

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, motosikal, Pejabat Pengangkutan Darat (PLO), Rang Undang-Undang (RUU), roda2, RUU Akta Tunggangan Selamat Motosikal Filipina, Undang-Undang Filipina

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my