• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Risiko Masalah Brek: Ferrari Panggil Balik Lagi 23k Unit Supercar di AS, 19 Model Terlibat

Risiko Masalah Brek: Ferrari Panggil Balik Lagi 23k Unit Supercar di AS, 19 Model Terlibat

August 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FERRARI memanggil balik 23,555 unit model jenama itu yang berisiko mengalami masalah brek hingga boleh menyebabkan kemalangan.

Terdahulu, pengeluar supercar mewah dari Itali itu pernah memanggil balik hampir 10,000 unit kenderaan pada Oktober 2021 akibat masalah sama.

BACA >>> Risiko Pintu Gagal Buka: Lamborghini Panggil Balik 21 Unit Huracan Evo, STO di AS
BACA >>> Masalah Brek, Mercedes-Benz Panggil Balik Hampir 1 Juta Kenderaan

Menurut agensi Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) di Amerika Syarikat (AS), penutup takung bendalir brek mungkin mengalami masalah alur tidak tepat.

Jika berlaku, pelepasan kurang tepat boleh menyebabkan situasi vakum berlaku dalam bekas takung hingga menyebabkan kebocoran bendalir yang membawa kepada kehilangan penuh atau sebahagian fungsi brek.

Panggilan balik itu membabitkan pelbagai model termasuk model tahun 2005. Berikut senarai model terjejas:

  • Ferrari 430 (2005 - 2009)
  • Ferrari 612 Scaglietti (2005 - 2011)
  • Ferrari California (2009 - 2017)
  • Ferrari 612 (2010 - 2011)
  • Ferrari FF (2012 - 2016)
  • Ferrari F12 Berlinetta (2013 - 2017)
  • Ferrari LaFerrari (2013 - 2015)
  • Ferrari California T (2015 - 2017)
  • Ferrari F60 America (2016)
  • Ferrari F12 TDF (2017)
  • Ferrari LaFerrari Aperta (2017)
  • Ferrari GTC4 Lusso (2017 - 2020)
  • Ferrari GTC4 T (2018 - 2020)
  • Ferrari Portofino (2018 - 2022)
  • Ferrari 812 (2018 - 2022)
  • Ferrari 488 Pista (2019 - 2020)
  • Ferrari F8 Spider (2020 - 2022)
  • Ferrari F8 Tributo (2020 - 2022)
  • Ferrari Roma (2021 - 2022)

Ferrari akan mula memberi notis kepada semua pemilik terlibat menerusi kiriman mel mengenai isu tersebut pada 24 September nanti.

Pemilik juga dinasihatkan menghantar kereta mereka kepada pihak pengedar untuk kerja membaik pulih. Juruteknik akan menggantikan penutup takung bendalir brek dan menyelesaikan mesej amaran paras cecair brek rendah, serta tiada bayaran dikenakan.

BACA >>> PERHATIAN!!! Honda Malaysia Panggil Balik 1,527 Unit City, City Hatchback, BR-V dan HR-V!
BACA >>>Isu Brek Parkir Tiba-Tiba Bebas: Hyundai Panggil Balik Ioniq 5, Kia EV6
BACA >>> Masalah Nat Brek Longgar: Triumph Panggil Balik Speed Triple RR, RS (2022)
BACA >>> Ikat Skru Tidak Ikut Spesifikasi, Bugatti Panggil Balik Seunit Chiron di Amerika
BACA >>> Aprilia AS Panggil Balik RS660, Tuono 660 untuk Ganti Enjin Baharu
BACA >>> Masalah Suis Lampu: Honda Jepun Panggil Balik 20,967 Unit Motosikal Termasuk CBR250RR

SUMBER: Motor1

Related

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ferrari Recall, Isu Brek Ferrari, Kempen Panggil Balik, Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev